Panduan Langsir French Pleat untuk Penggemar Fabrik

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  

Sebagai peminat hiasan dalaman rumah atau peminat sesuatu fabrik, pastinya anda tahu dekorasi langsir mampu membangkitkan sesuatu suasana dalaman kediaman anda. Sentuhan menarik dari langsir juga mampu menawarkan kemasan yang sempurna bagi setiap ruang atau bilik dalam halaman rumah anda. Dari segi fungsi, langsir dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk anda nikmati seperti menutup sebarang cahaya dalam kamar tidur atau membiaskan cahaya ke luar rumah.

Bila bicara tentang langsir seperti tiada hadnya. Terdapat kepelbagaian bentuk, corak, fungsi dan lain-lain. Namun pada hari ini, kami ingin memperkenalkan anda dengan salah satu langsir jenis Pleat ataupun Lipatan iaitu Langsir French Pleat yang juga lebih popular dikenali sebagai langsir Three Finger Pleat.

Sebelum berkenalan lebih mendalam dengan langsir French Pleat, lebih bagus jika kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Langsir Pleat atau Langsir Lipatan.

Ratingen Stellar / Collection

Aurogra purchase overnight delivery Pengenalan: Apa yang dimaksudkan dengan langsir Pleat (Lipatan)?

Kebiasaannya Langsir jenis Pleat (Lipatan) telah ditenun menerusi mesin jahit yang menjahit dua atau tiga lipatan pada sesuatu langsir, yang kemudiannya akan diberikan jarak sekurang-kurangnya 10cm antara dari lipatan pertama ke lipatan yang seterusnya. Langsir ini kemudiannya akan digantung di bawah tiang langsir menggunakan pencangkuk besi untuk langsir Pleat (Lipatan) atau pencangkuk plastik vertikal boleh gelongsor yang dijahit mengikut bahagian lipatan.

Rajah 1.0 menunjukkan langsir Pinch Pleat berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

Langsir Pinch Pleat: Langsir Pleat (Lipatan) versi tradisional & Mewah

 

Langsir Pinch Pleat adalah langsir lipatan yang disertai dengan kelip pin dan menggunakan rod beroda. Langsir Pinch Pleat sangatlah sepadan dengan peminat langsir yang ingin mencipta suasana dan mood kediaman tradisional, klasik dan mewah. Langsir Pinch Pleat sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dan menjadi rekaan terkenal di dalam zaman 1850-an. Pada permulaannya, langsir Pinch Pleat ini hanya dimiliki oleh golongan bangsawan Inggeris namun apabila masa berlalu dan menuju ke era industri dan moden, fabrik dan pakar jahit profesional boleh di akses oleh ramai secara lebih mudah dengan nilai yang lebih berpatutan.

Sebab itu ia melahirkan banyak permintaan dari beberapa negara. Kemudiannya, langsir Pinch Pleat telah diperluaskan pasarannya ke seluruh negara dan anda dapat lihat langsir ini telah menemani kebanyakan kediaman di negara kita. Jika anda melihat langsir Pinch Pleat dengan teliti, anda boleh perhatikan pada bahagian kepala fabrik langsirnya terdapat jahitan yang dijahit dan ditutup secara tetap dan tidak mampu dibuka serta mengikut ukuran panjang rod langsir anda. Jahitan jenis ini mencipta lipatan yang menarik dan elegan dari bawah sehingga ke hujung langsir sekali gus mencipta penampilan unik dan mewah bagi sesuatu ruang atau kediaman.

Sheer Bliss / Collection

Langsir Pencil Pleat: Langsir Pleat (Lipatan) versi moden dan klasik.

Berbeza pula dengan langsir Pinch Pleat, langsir Pencil Pleat ini dicipta pada zaman seterusnya dan lebih ke hadapan di mana ketika itu terdapat permintaan untuk memberikannya langsir lipatan sentuhan moden dan lebih minimalis namun masih mengekalkan identiti klasik. Daripada menggunakan pencangkuk besi dan terpaksa memasang rod tetap, langsir Pencil Pleat boleh juga memberikan pengguna lebih fleksibiliti dengan menggunakan rod plastik atau kayu vertikal.

Rajah 1.1 menunjukkan langsir Pencil Pleat berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

Majestic / Collection

Langsir Pencil Pleat: Langsir Pleat (Lipatan) versi moden dan klasik.

Berbeza pula dengan langsir Pinch Pleat, langsir Pencil Pleat ini dicipta pada zaman seterusnya dan lebih ke hadapan di mana ketika itu terdapat permintaan untuk memberikannya langsir lipatan sentuhan moden dan lebih minimalis namun masih mengekalkan identiti klasik. Daripada menggunakan pencangkuk besi dan terpaksa memasang rod tetap, langsir Pencil Pleat boleh juga memberikan pengguna lebih fleksibiliti dengan menggunakan rod plastik atau kayu vertikal.

Fabulosa / Collection

Setelah kita mengetahui perbezaan langsir lipatan moden dan tradisional, kini barulah kita mampu berbicara tentang langsir French Pleat. Langsir French Pleat adalah langsir Pleat (Lipatan) klasik yang juga dikenali lipatan Three Finger Pleat. Ia juga memiliki penampilan yang lebih formal dan elegan berbanding langsir lipatan dua jari.

Walaupun langsir French Pleat kebanyakannya menjadi langsir pilihan untuk pereka hiasan dalaman, langsir jenis ini juga kerap digunakan untuk hiasan dalaman kediaman moden dan selepas moden yang memberikan sentuhan canggih dan elegan pada fabrik dengan tona warna neutral yang sepatutnya nampak lebih monotonos.

Langsir lipatan jenis French Pleat ini juga boleh digunakan dengan cara tradisional (Lipatan Pinch Pleat) atau moden menerusi (Lipatan Pencil Pleat) di mana ia lebih versatil dan unik jika digunakan pada tingkat kediaman rumah anda. Dalam suasana formal, langsir French Pleat adalah rekaan pilihan terbaik untuk langsir yang menggunakan panel.

Majestic / Collection

Fungsi yang paling unik dimiliki oleh langsir lipatan jenis French Pleat adalah bagaimana ia menjalar ke bawah dan menghasilkan lipatan dengan keterbukaan luas apabila langsir ditutup dan mencipta barisan yang lebih kemas apabila langsir dibuka. Langsir French Pleat juga sangatlah ideal jika anda mahu mengikatnya pada bahagian pinggang langsir menjadi lengkung yang ramping dan menarik serta menarik cahaya matahari yang cantik ke dalam kediaman anda.

Langsir French Pleat boleh dijahit menggunakan apa-apa sahaja jenis dan corak fabrik tapi anda dicadangkan untuk menggunakan fabrik yang lebih tebal seperti Velvet atau Damask. Langsir jenis French Pleat yang sempurna dan paling terbaik perlu dijahit atau ditenun menggunakan jumlah amaun fabrik yang sangat banyak yang kebiasaannya menggunakan 2 atau 3 kali ganda daripada ukuran lebar panjang tingkap anda. Untuk anda menikmati impak yang luar biasa, lipatan langsir boleh dilipat secara menaik ke atas dan bukan dilipat secara ketat bersama-sama.

Wilderness / Collection

Rajah 2 menunjukkan langsir French Pleat berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

Rajah 2.1 menunjukkan langsir French Pleat menggunaka fabrik velvet berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

Langsir French Pleat atau langsir lipatan Three Pleat mencipta bentuk hujung kepala yang kemas untuk memberikan sepenuh kawalan pada fungsi penuh sesuatu langsir. Dengan jenis kemasan yang boleh diubah, bergantung kepada gaya dekorasi, pilihan fabrik dan fungsi lain seperti blackout, adalah lebih baik untuk anda menghantarnya kepada tukang jahit profesional dan berbincang lebih mendalam agar tiada sebarang kerumitan terjadi semasa menghasilkannya langsir French Pleat. Tapi jika anda ingin melakukan projek langsir French Pleat secara DIY, berikut adalah panduan yang Acacia Fabrics telah temui untuk menghasilkan langsir French Pleat sendiri dari rumah.

Panduan dan langkah menjahit Langsir French Pleat

 

Pertama: Ketahui fungsi langsir French Pleat anda.

Sebelum memulakan kembara jahitan langsir French Pleat, anda perlu menetapkan apakah fungsi langsir French Pleat anda. Adakah anda mahukannya untuk menjadi langsir yang boleh menghalang cahaya daripada memasuki bilik anda seperti langsir jenis blackout untuk anda nikmati tidur nyenyak di kamar tidur atau sebagai langsir di ruang balkoni yang boleh dibuka semasa pagi hari untuk cahaya matahari masuk. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh hubungi pihak khidmat pelanggan Acacia Fabrics untuk dapatkan pertolongan lanjut.

 

Kedua: Pilih jenis fabrik langsir idaman anda di Acacia Fabrics.

Selepas anda mengetahui apa fungsi anda mahukan pada langsir anda, tibalah waktunya untuk memilih jenis fabrik bergantung kepada fungsi dan cita rasa anda. Jika anda ingin kediaman anda menyerlah dengan dekorasi industri dan lebih futuristik, anda boleh memilih fabrik yang bercorak lebih moden. Anda harus ingat bahawa langsir French Pleat lebih elok menggunakan jumlah fabrik yang banyak dan lebih tebal seperti Velvet dan Damask. Sebab itu anda patut menerokai gedung Acacia Fabrics dengan pilihan fabrik terluas di Asia Tenggara.

 

Ketiga: Ukur dan potong mengikut ukuran langsir French Pleat.

Ukuran French Pleat Perancis adalah berbeza berbanding lipatan lain kerana ia memerlukan tiga kali lipatan. Jadi anda harus menggandakan lebar langsir kepada dua kali ganda dan tambah sekurangnya 6 inci untuk potongan lebar pada panel fabrik.

Harmony / Collection

Keempat: Ukur panel dan rod langsir anda.

Anda perlu membuat keputusan jika anda mahu menggunakan satu atau dua panel langsir. Selalunya langsir French Pleat lebih menarik jika menggunakan satu panel bagi menyerlah sisi klasik dan mewahnya. Kemudian, ukur panel anda mengikut lebar tingkap atau dinding anda juga agar ukuran fabrik anda tidak tersilap.

 

Kelima: Tetapkan nombor lipatan French Pleat anda.

Tetapkan nombor antara empat atau enam yang anda boleh bahagikan bagi jumlah kawasan antara lipatan ke lipatan. Sebagai contoh, 32 dan 48 boleh dibahagikan menjadi 8. Lapan jarak kawasan, setiap satu berukuran 4 inci dan terhad untuk 8 lipatan, 6 inci setiap satu.

 

Keenam: Tetapkan posisi pin anda.

Anda perlu mula menjahit pada hujung kiri panel langsir dan letakkan pin secara menegak pada hujung atas panel untuk menjadi permulaan dan pengakhiran bagi setiap lipatan anda telah tentukan. Mulakan dengan separuh kawasan terlebih dahulu. Letakkan pin pertama 2 inci daripada hujung kiri panel, pin seterusnya 6 inci ke kanan. Pin yang seterusnya pula adalah 4 inci pin sebelumnya, menunjukan pengakhiran untuk kawasan lipatan pertama dan permulaan untuk lipatan ke dua.

Letakkan pin lurus selari dengan bahagian hujung atas langsir dengan memberikan setiap kawasan tanda rujukan bila membuat lipatan. Teruskan menyambung membuat tanda pada lipatan dan kawasan yang diberikan menerusi seluruh langsir

Cleopatra / Collection

Ketujuh: Mula membentuk lipatan pertama.

Mula bentukkan lipatan pertama anda dengan bawakan pin pertama dan ke dua yang dijahit sebelum ini bersama dan jahitnya sekali menjadi lipatan bersama. Jahit garisan 4 inci daripada hujung atas langsir menuju ke kelim langsir bagi mencipta saluran atau longkang lipatan. Teruskan meletak pin dan jahit seluruh saluran lipatan.

 

Kelapan: Cipta kedutan-kedutan lipatan.

Tekan semua saluran lipatan pada satu bahagian untuk mencipta kedutan pada setiap bahagian lipatan yang kemudiannya akan menjalar secara kemas ke bawah sehingga lantai.

 

Kesembilan: Bentukkan lipatan.

Terus bentukkan lipatan dengan tusukkan pin pada lipatan bagi mencipta lipatan pada bahagian tengah. Pegang fabrik yang telah dipinkan dan tekankan jari anda menuju ke saluran jahitan. Baki fabrik yang terbentang daripada lipatan akan mencipta bahagian lipatan ke dua dan ketiga.

Bentukkan lipatan sehingga kesemua jari memiliki lebar yang sama. Lipat bahagian luaran lipatan bertentangan pada lipatan Kawasan tengah. Jahit menggunakan tangan menerusi kesemua lapisan satu setengah inci daripada saluran jahitan bahagian bawah, atau jahit dengan jahitan zigzag menggunakan mesin untuk kekalkan lipatan.

 

Terakhir: Pasangkan pin ke dalam langsir.

Masukkan pin besi ke dalam langsir dan gantungnya pada panel atau rod langsir yang anda telah pilih untuk kediaman anda.

Eclipse / Collection

Bahagian Akhir: Penjagaan Langsir French Pleat

Jika terdapatnya keburukan memiliki langsir French Pleat adalah pada penyelenggaraannya. Fabrik yang berat dan telah dijahit mengikut 3 bahagian lipatan ini akan menimbulkan beberapa masalah. Masalah paling utama adalah anda tidak boleh menanggalkannya dan membasuhnya sesuka hati apabila terdapat kotoran pada langsir French Pleat ini. Bahagian lipatan langsir ini juga adalah Sebahagian besar daripada masalah kerana ia mampu memerangkap habuk dan sesawang labah-labah jika tidak dipelihara dan dijaga dengan betul dan teliti.

Cara terbaik untuk mengekalkan kecantikan langsir French Pleat adalah dengan vakum secara kerap dan memberi perhatian dan penumpuan istimewa pada bahagian kedutan dan lipatan langsir tersebut. Jika anda sentiasa pastikannya bersih, habuk dan kotoran pasti tidak mampu menembusi ke dalam fabrik langsir French Pleat anda.

Jika tidak, anda boleh hubungi pihak pencuci dobi profesional untuk menguruskannya untuk anda jalani hidup tanpa rasa risau. Walaupun langsir French Pleat memerlukan penyelenggaraan yang lebih banyak berbanding langsir jenis lain, ramai pakar langsir berpendapat bahawa memiliki langsir French Pleat adalah sangat berbaloi dari segi dekorasi. Ianya mampu menyerlahkan penampilan elegan dan sememangnya tiada tandingan dalam mencipta ruang tingkap yang sangatlah cantik dan menarik.

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, sila hubungi kami di sini

Baca seterusnya…

Panduan Langsir Eyelet untuk Banglo

Panduan Langsir Eyelet untuk Banglo

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Langsir rakan tingkap rumah banglo anda Tingkap adalah salah elemen terpenting bagi sesebuah pemilik kediaman sama ada rumah teres, apartmen malah banglo. Tingkap berkebolehan untuk menarik cahaya matahari semula jadi dan udara ke...

Panduan Langsir Eyelet untuk Apartmen

Panduan Langsir Eyelet untuk Apartmen

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Terdapat banyak manfaat bila anda memilih untuk menjadikan apartmen sebagai kediaman anda. Apartmen atau pangsapuri adalah rumah dalam bangunan. Antara manfaat yang paling hebat adalah lokasinya di tengah-tengah bandar atau apa yang...

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Kita semua sudah mengetahui langsir adalah salah satu pelindung tingkap yang biasa digunakan oleh ramai pemilik kediaman di Malaysia. Kebiasaannya langsir dilengkapi dengan beberapa pilihan tekstur, fabrik, warna dan corak yang boleh...