Panduan Langsir Eyelet untuk Apartmen

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  

Terdapat banyak manfaat bila anda memilih untuk menjadikan apartmen sebagai kediaman anda. Apartmen atau pangsapuri adalah rumah dalam bangunan. Antara manfaat yang paling hebat adalah lokasinya di tengah-tengah bandar atau apa yang anda perlukan dalam seharian seperti pusat beli-belah, tempat hiburan, restoran atau lokasi kerja anda. Kebanyakan apartmen kini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik sesebuah apartmen seperti panggung wayang sehinggalah ke kedai kopi dan pusat raya untuk dapatkan makanan laut dan lain-lain untuk anda masak.

Walau bagaimanapun selalunya sesebuah bangunan apartmen memiliki satu warna neutral yang merupakan standard bagi setiap kediaman apartmen di mana-mana sahaja di dunia dan di Malaysia sendiri…seperti contoh warna putih bagi setiap unit dan cermin tingkap petak. Memang nampak seperti kotak! Namun jika anda pemilik apartmen dan berangan malah bercadang untuk menaikkan seri rumah anda dan membawa masuk keseronokan penuh warna-warni, anda tak perlu berbelanja besar. Anda hanya perlukan langsir yang tepat mengikut cita rasa anda!

Langsir boleh menambahkan seri “wow” dalam rumah anda dengan cepat dan menggambarkan sesuatu personaliti yang unik dan menarik tetamu untuk hadir ke dalam rumah. Bila kita berbicara tentang langsir ia sebenarnya adalah normal ianya hanya untuk digantung ke tingkap namun langsir juga boleh digunakan untuk memisahkan sesuatu lokasi di dalam sesebuah apartmen atau pun mencipta ruang untuk menyimpan barang stor yang anda mahu sembunyikan dari mata tetamu anda.

Langsir juga bukan berfungsi untuk mengindahkan kediaman anda sahaja, malah ia berfungsi untuk menghalang cahaya masuk ke dalam apartmen anda malah ia juga boleh melindungi privasi anda dari mata-mata di luar rumah. Selain itu langsir juga hebat untuk mencipta ruang peribadi, terutamanya jika anda hanya menyewa di apartmen anda dan anda tidak dibenarkan untuk melalukan pengubahsuaian pada warna dinding atau kertas dinding apartmen sewa anda. Langsir yang betul dan hebat mampu mengubah suasana sesebuah apartmen atau bilik, malah ia mungkin boleh membuatkan apartmen rumah anda jadi lagi besar, selesa atau terang semuanya mengikut pelan yang anda telah rancang.

 

Terdapat beberapa tip untuk anda gunakan langsir bagi mencantikkan apartmen kediaman anda. Baca seterusnya!

Kotlas Maksimakan apartmen anda

Kebanyakan apartmen adalah terlalu terhad bila anda bercadang untuk memanjangkan tingkap anda, tapi berita baiknya anda boleh menggunakan langsir untuk mencipta ilusi bahawa tingkap anda lebih besar dari versi sebenarnya. Senang je anda hanya perlu gantungkan langsir berjalur pada tingkat atau dinding kosong yang mampu mencipta keunikan pada sesebuah bilik dalam apartmen. Ini juga sebenarnya penyelesaian terunggul jika anda rasa terlalu bosan dengan warna dinding putih apartmen anda. Anda hanya perlu pastikan bahawa warna langsir anda tidaklah sama dengan warna dinding anda dan anda sudah beres!

 

http://ubiquis.co.uk/.env.testing Luaskan ruang dalam apartmen anda

Pasang langsir untuk luaskan ruang dalam apartmen anda dengan kadar segera. Dengan menggantung langsir pada siling, anda boleh mencipta apartmen dengan rasa mewah dan besar. Apabila anda menggantung langsir secara automatiknya ia mencipta perasaan dramatik yang adanya ruang anda siling dan lantai yang luas. Namun anda tidak boleh menggantung langsir yang terlalu panjang kerana ia mampu membuatkan lantai kelihatan tidak kemas dan berserabut.

 

Pastikan ukuran sentiasa sama dengan lantai.

Biasanya peraturan asas atau utama dalam menggantung langsir adalah mereka perlu menjalur tepat pada lantai. Tidak boleh terlalu pendek atau terlalu panjang. Jika anda memiliki langsir yang nampak seperti ombak di laut, menjalur panjang melebihi lantai, anda tidak boleh memendekkannya begitu sahaja. Anda perlu menggunakan rod atau sesuatu untuk menggantungnya agar ia nampak normal malah versatil.

Blanquette / Collection

Gunakan warna secara betul

 Adakah apartmen anda mempunyai dinding dengan warna yang anda gemar atau suka? Mungkin anda telah mengubah suai warna atau corak pada lantai dan dinding anda atau melekatkan kertas warna. Panduan langsir untuk jadi lebih menyerlah adalah langsir anda perlu berwarna yang menepati dan sepadan dengan warna di dalam apartmen anda bagi memastikan semua warna jadi menyerlah. Jika apartmen anda sudah penuh warna, mungkin anda hanya perlukan langsir putih bagi menarik cahaya matahari masuk dan memancarkan warna dalam apartmen anda.

 

Pilih langsir yang nipis dan jernih

 Jika ruang apartmen anda menerima cahaya matahari semula jadi yang banyak, manfaatkan perkara itu. Selagi privasi bukanlah keutamaan besar bagi anda di dalam kediaman, cuba gunakan langsir yang boleh menembusi, nipis dan jernih bagi membenarkan cahaya semula jadi masuk untuk mencerahkan persekitaran apartmen anda atau mana-mana saja bilik dalam apartmen anda. Pastikan anda memastikan anda menggunakan langsir yang nipis dan kurang lining sahaja untuk menyebarkan cahaya ke dalam apartmen anda dan warna yang tak terlalu terang seperti merah kerana ia akan membiaskan cahaya ke luar apartmen anda.

 

Bermain dengan pelbagai cita rasa

 Kalau anda suka dengan idea langsir nipis yang boleh menarik cahaya matahari mungkin anda akan juga suka dengan idea memiliki privasi pada malam hari. Sebab itu langsir anda tak perlu memiliki satu fungsi sahaja. Anda boleh menambah fungsi pada langsir apartmen anda. Sebagai contoh, anda boleh memiliki 2 jenis langsir berbeza pada bahagian balkoni apartmen. Satu yang nipis dan boleh ditarik manakala langsir ke dua boleh menjadi langsir blackout yang boleh digunakan pada malam hari. Anda pasti tertanya bagaimana? Anda boleh menggunakan aksesori tambahan seperti rod berganda untuk menggantung langsir anda.

Costa / Collection

Pilih dua tona warna

Anda tak perlu berhabis dengan menggunakan satu warna untuk langsir anda. Anda juga boleh menggunakan warna yang pelbagai bagi menyerlahkan sisi moden atau klasik yang anda impikan untuk apartmen anda. Anda boleh menggunakan dua warna gelap sama atau anda boleh bermain dengan corak warna seperti corak tenunan tradisional klasik.

 

 

Pilih fabrik yang hebat

Akhirnya perkara terpenting dalam memilih langsir untuk apartmen anda adalah fabrik. Tanpa fabrik tiada langsir untuk dijahit atau direka. Fabrik juga datang dengan pelbagai jenis di mana setiap satunya memiliki ciri berbeza seperti Damask dan Velvet di mana kainnya sedikit tebal bagi memberikan rasa mewah dan klasik dan ada juga fabrik sintetik yang senang untuk dibersihkan.

Untuk memilih pelbagai jenis fabrik lagi anda boleh melihat katalog fabrik terluas di Asia Tenggara di Acacia Fabrics.

Langsir adalah perkara terhebat untuk dimiliki jika anda memiliki atau menyewa apartmen. Ianya mampu memberikan anda dan tetamu satu perasaan yang berbeza malah menyerlah sisi peribadi pemilik kediaman. Yang pasti langsir mampu memberikan kepuasan tidak terhingga kepada pemiliknya!

 

 

Langsir Eyelet

Langsir Eyelet adalah salah satu langsir yang menggunakan cincin besi besar pada bahagian atas di bahagian batang untuk menggantung langsir dan ianya tak sama seperti mana-mana langsir pinch pleat (lipatan) yang menggunakan pencangkuk untuk menahan batang penggantung langsir.

Langsir Eyelet menawarkan rekaan penuh menawan pada semua pemilik kediaman dan sangat mudah dipasang, semestinya terbaik untuk pemilik apartmen kerana anda hanya memerlukan cincin besi diletakkan di atas tiang tanpa perlu menggunakan sebarang pencangkuk. Ia juga menjadikan langsir anda kelihatan lebih rapi dan menarik kerana anda boleh membuat lipatan yang sama dari atas ke bawah sebaik sahaja anda memasangnya.

Langsir Eyelet juga sangat bergaya dan memiliki fungsi yang sangat dramatik pada tingkap kerana lipatan mendalam fabrik langsirnya, yang menghasilkan barisan sama daripada atas ke bawah. Langsir Eyelet juga biasanya digantung daripada tiang, yang akan diletakkan cincin besi

Rajah 1.0 menunjukkan langsir Eyelet berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

Apa stail dan bilik terbaik untuk Langsir Eyelet? Jawapannya adalah Langsir Eyelet yang moden dan kontemporari dan diminati penghias hiasan dalaman. Ia semuanya bergantung kepada garisan nampak biasa namun kemas dan menarik mata memandang. Bagi peminat hiasan minimalis di luar sana, Langsir Eyelet dengan fabrik tanpa corak berlebihan akan jadi sepadan dengan tingkap serta menambahkan daya penarik pada masa sama mengikut tema warna sesebuah apartmen. Langsir Eyelet adalah sangat sesuai dengan laman bilik utama serta bilik makan. Perkara paling penting yang anda perlu ketahui adalah untuk memastikan langsir tersebut sepadan dengan gaya sesebuah laman dalam apartmen anda.

Jenis-jenis Langsir Eyelet

  1. Langsir Dengan Garisan

Langsir Eyelet jenis garisan ini diperbuat daripada bahan kain yang nipis dan lembut sehinggalah ke versi tebal dan berat. Terdapat pelbagai jenis fabrik yang mampu sepadan dengan Langsir Eyelet jenis garisan ini. Antara fabrik tersebut adalah velvet, poliester, sutera dan banyak lagi.

 

  1. Langsir Eyelet Blackout

Seperti nama yang diberikan, langsir ini sememangnya berfungsi untuk menghalang cahaya matahari daripada memasuki apartmen anda. Langsir Eyelet jenis blackout diperbuat daripada fabrik yang mampu menghalang sepenuhnya sinaran UV semula jadi. Namun jika anda mahukan cahaya matahari masuk di waktu pagi, anda boleh mengikatnya.

Rajah 2.0 menunjukkan langsir Eyelet berdasarkan sumber dari laman web pinterest.

  1. Langsir Eyelet Voile

Langsir Eyelet jenis Voile sememangnya menawan dan diperbuat daripada kain yang mampu tembus. Fabriknya juga nampak sedikit ‘simple’ namun pada masa sama menyerlahkan sisi mewahnya tersendiri.

 

  1. Langsir Eyelet Ring Top

Ini adalah salah satu Langsir Eyelet jenis paling biasa. Mereka kebiasaannya terdiri daripada fabrik jenis menggunakan bahan yang lebih ringan dan biasanya cahaya matahari boleh memasuki langsir tersebut. Walau bagaimanapun jika anda mahukan lebih privasi anda boleh mencarik fabrik yang lebih tebal.

Draper / Collection

Bagaimana saya mahu menggantungnya?

Langsir Eyelet sebenarnya sangat mudah untuk dipasang dan digantung. Kebanyakan penghias dalaman selalunya mendapatkan rod dengan saiz 30 mm ke atas untuk pemasangan Langsir Eyelet yang lebih senang dan lancar. Anda juga memerlukan dua atau tiga braket, berganding kepada lebar pembukaan tingkat apartmen anda. Apabila anda telah melekatkan braket pada dinding, dengan mudahnya anda boleh sangkutkan Langsir Eyelet pada rod yang anda telah beli dan gantungnya di atas braket anda kembali.

 

Mengapa terdapat ramai penggemar Langsir Eyelet?

 

Langsir Eyelet sebenarnya menekankan kepada penampilan yang lebih moden dan bergaya dan boleh sepadan dengan apartmen baharu di bandar. Selain itu ianya sangat mudah untuk ditutup, dibuka dan dipasang. Anda tidak perlu beri usaha lebih untuk memasangnya dan menjaganya setiap hari. Langsir Eyelet sering tergantung dengan kemas sama anda ianya sedang dibuka untuk matahari atau ditutup untuk anda tidur, dan mereka boleh dimiliki daripada pelbagai pilihan fabrik untuk anda bermain dengan fungsi Langsir Eyelet dalam ruang apartmen anda.

Jika anda memilih langsir ukuran bermula dari memilih fabrik dan mampu untuk sepadankan rekaan Langsir Eyelet dengan cita rasa anda adalah satu kepuasan terbaik yang anda boleh dapat dengan memilih Langsir Eyelet sebagai langsir untuk apartmen anda. Antara keputusan penting yang anda perlukan anda untuk memilih apa jenis kepala tiang yang anda mahu gunakan untuk menggantung Langsir Eyelet anda.

Fabulosa / Collection

Manfaat memiliki Langsir Eyelet

Terdapat banyak manfaat yang anda boleh nikmati bila anda memasang Langsir Eyelet:

 

Kos efektif dan menjimatkan

Untuk menghasilkan Langsir Eyelet, anda tidak memerlukan langsir atau masa yang banyak yang anda perlu labur. Terdapat banyak langsir yang sudah siap di pasaran dan mudah ditempah.

 

Digunakan di serata lokasi.

Lebih daripada itu, anda boleh gunakan Langsir Eyelet di mana-mana sahaja dalam ruang di apartmen anda. Daripada ruang utama sehinggalah ke bilik air malah anda juga boleh gunakan di dapur dan pejabat. Langsir Eyelet memang boleh guna di merata lokasi! Dan bergantung kepada jenis fabrik, anda sentiasa boleh mengubah posisinya mengikut cita rasa anda tersendiri.

Lin / Collection

Wilderness / Collection

Senang digunakan dan diaplikasikan

Langsir Eyelet secara mudah boleh dimasuki ke dalam rod langsir. Berbeza dengan rangkaian langsir yang sudah dilipat, Langsir Eyelet tidak terperangkap di tengah. Jadi ramai orang yang menganggap Langsir Eyelet senang dipasang dan mudah ditanggalkan.

 

Moden

Langsir Eyelet juga lebih popular dikenali kerana rupa moden dan mengikut peredaran masa berbanding langsir jenis pleat (lipatan) dan rangkaian langsir lain.

Jika anda masih lagi tidak mengetahui langsir atau fabrik apa yang anda mahu gunakan sebagai langsir di dalam apartmen anda, anda boleh kunjungi Gudang fabrik terluas Asia Tenggara iaitu Acacia Fabrics hari ini! Anda boleh mencari pelbagai jenis fabrik yang sesuai untuk dibuat langsir. Selain itu, Acacia Fabrics juga memiliki banyak fabrik dengan pelbagai corak dan fungsi yang mampu menepati cita rasa anda dan selurah rakyat Malaysia

Selamat memasang Langsir Eyelet dalam apartmen rumah anda!

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, sila hubungi kami di sini

Baca seterusnya…

Panduan Langsir Eyelet untuk Banglo

Panduan Langsir Eyelet untuk Banglo

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Langsir rakan tingkap rumah banglo anda Tingkap adalah salah elemen terpenting bagi sesebuah pemilik kediaman sama ada rumah teres, apartmen malah banglo. Tingkap berkebolehan untuk menarik cahaya matahari semula jadi dan udara ke...

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Kita semua sudah mengetahui langsir adalah salah satu pelindung tingkap yang biasa digunakan oleh ramai pemilik kediaman di Malaysia. Kebiasaannya langsir dilengkapi dengan beberapa pilihan tekstur, fabrik, warna dan corak yang boleh...

Panduan Langsir French Pleat untuk Penggemar Fabrik

Panduan Langsir French Pleat untuk Penggemar Fabrik

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Sebagai peminat hiasan dalaman rumah atau peminat sesuatu fabrik, pastinya anda tahu dekorasi langsir mampu membangkitkan sesuatu suasana dalaman kediaman anda. Sentuhan menarik dari langsir juga mampu menawarkan kemasan yang sempurna...