32 Koleksi Langsir Terkini dan Moden untuk Rumah

Oleh IZZUL IQRAM BIN RAHIM

 

Adakah anda baharu sahaja membeli rumah pertama anda dan merancang untuk membeli langsir pertama anda juga? Atau anda mahu menerapkan cita rasa terkini untuk menyerlahkan lagi kediaman semasa anda? Atau anda mahu tambah ilmu pengetahuan tentang elemen penting untuk mencantikkan lagi suasana rumah anda? Tak perlu cari lagi, kerana di gudang Acacia Fabrics, kami ada segalanya tentang langsir terkini dan moden untuk rumah anda!

Langsir Sheer

Koleksi langsir sheer sememangnya popular digunakan sebagai rawatan tetingkap di seluruh negara dan digemari ramai kerana fungsinya yang mampu mengindahkan kediaman anda secara semula jadi. Langsir sheer diperbuat daripada fabrik yang ringan, nipis dan berangin dengan buatan fabrik mudah tembus agar cahaya semula jadi matahari mampu menembusi rumah anda dan memberikan pencahayaan mengagumkan sekaligus meningkatkan mood rekaan rumah anda. Selain itu, langsir sheer juga memberikan anda privasi, dan juga berfungsi dengan bagus sebagai lapisan tambahan untuk memberikan rawatan tetingkap menawan. Kebiasaannya, langsir sheer sering digunakan pada waktu pagi kerana mampu membawa aliran udara dan cahaya matahari masuk ke dalam kediaman anda.

Terdapat beberapa jenis rona warna yang lembut, corak menawan serta kandungan bahan fabrik yang berbeza boleh anda gunakan menjadi langsir sheer di rumah anda yang anda boleh temui di gudang Acacia Fabrics.

 

  1. Langsir Sheer Nortica (Natural)

Langsir Sheer Nortica dari Acacia fabrics adalah berlandaskan cita rasa semula jadi di mana ia memiliki pilihan rona warna putih atau ecri manakala dari segi rekaan langsir sheer Nortica lebih ke arah minimalis dan plain sesuai kepada pemilik kediaman yang mahukan sentuhan moden, minimalis dan semula jadi. Bahannya pula diperbuat 100% poliester.

Nortica / Collection

  1. Langsir Sheer Horizon (Otter)

Manakala Langsir Sheer Horizon Acacia fabrics adalah berperwatakan seperti haiwan iaitu cita rasa sifat semula jadi otter yang lebih mesra kepada manusia. Pilihan rona warna pula adalah putih atau ecri manakala dari segi rekaan langsir sheer Horizon lebih ke arah minimalis dan plain sesuai kepada pemilik kediaman yang mahukan sentuhan moden, minimalis dan semula jadi. Bahannya juga diperbuat 100% poliester.

Horizon / Collection

  1. Langsir Sheer Sunlight (Petal)

Langsir Sheer Sunlight dari Acacia fabrics pula adalah bercirikan seperti tumbuh-tumbuhan dengan sifat semula jadi petal bunga. Pilihan rona warna langsir ini pula adalah merah jambu manakala dari segi rekaan langsir sheer Horizon lebih ke arah plain sesuai kepada pemilik kediaman yang mahukan sentuhan moden, minimalis dan semula jadi. Bahannya juga diperbuat 100% poliester.

Sunlight / Collection

  1. Langsir Sheer Twister (Marble)

Langsir Sheer Twister dari Acacia fabrics pula adalah bercirikan seperti marmar sifat semula jadi batu-batuan. Pilihan rona warna langsir ini pula adalah natural manakala dari segi rekaan langsir sheer Twister lebih ke arah plain agar elemen marmar tidak menjadi terlalu kacau sesuai untuk citarasa industri dan moden. Bahannya sedikit berbeza. Ia diperbuat daripada 56% poliester kitar semula & 44% poliester.

Twister / Collection

  1. Langsir Sheer Dreamlike

Langsir Sheer Dreamlike Acacia Fabrics sesuai digunakan di bilik tidur moden kerana rekaannya mengambil ilham dari dunia mimpi. Selain itu, kainnya sangatlah lembut dan berangin memudahkan anda untuk tidur lena pada malam hari. Kandungan bahannya juga sangat nyaman dan selesa diletakkan pada kamar tidur anda.

 

Langsir Blackout

Langsir Blackout sangatlah terkenal dalam kalangan pemilik kediaman di bandar. Seperti nama diberi, langsir blackout berfungsi untuk menggelapkan sesebuah kawasan atau menutup sesuatu ruang. Ia berfungsi dengan menghalang sinaran matahari daripada memasuki ruang kediaman anda. Secara tipikalnya, langsir Blackout diperbuat daripada fabrik yang tebal seperti suede, velvet atau lapisan kain yang dilapik berulang kali. Antara kebaikan langsir blackout adalah ia sesuai untuk menghalang cahaya lampu atau bunyi bising bandar memasuki ruang tidur untuk anda tidur dengan lena namun jaga-jaga ada juga yang sesetengah pelanggan mengatakan mereka susah untuk bangun tidur pula. Jadi, pilih fungsi yang betul dengan langsir Blackout ini.

  1. Langsir Blackout After Dark

Langsir Blackout After Dark dari Acacia Fabrics memiliki sifat yang lebih berkilat dan mewah namun masih mengekal rona warna semula jadi. Rekaannya pula lebih bercirikan plain dengan cita rasa industri moden yang mewah. Ia diperbuat daripada 61% polyacrylic dan 39% poliester.

After Dark / Collection

  1. Langsir Blackout Vitale

Langsir Blackout Vitale dari Acacia Fabrics pula sedikit berbeza dari After Dark di mana menumpukan ciri matte dan moden namun masih mengekalkan rona warna semula jadi. Rekaannya pula lebih bercirikan polos tanpa corak dengan cita rasa moden dan segar. Ia diperbuat daripada 100% poliester.

 

  1. Langsir Blackout Antica

Langsir Blackout Antica dari Acacia Fabrics pula memiliki ciri yang sama seperti Vitale di mana menumpukan ciri-ciri matte dan mengambil inspirasi cita rasa moden Eropah. Rona warnanya juga semula jadi. Rekaannya pula lebih bercirikan polos dengan cita rasa moden Eropah. Ia juga diperbuat daripada 100% poliester.

  1. Langsir English Garden

Jika anda adalah peminat semula jadi atau sukakan sentuhan kehijauan, anda boleh terokai Langsir English Garden Acacia Fabrics yang merangkumi elemen-elemen seperti di taman hijau sebagai contoh buah-buahan dan bunga-bunga yang dapat dilihat di taman rekreasi di Eropah. Terdapat juga corak yang mengambil ilham dari haiwan seperti musang, rusa dan tupai. Selain itu, ia juga unik dan padat dengan rekaan berdasarkan musim seperti musim luruh. Rona warnanya pula lebih neutral bagi memberikan kontras kepada corak yang telah disulam. Dari segi fabriknya, ia lebih lembut dan licin kerana ia diperbuat daripada 100% kapas secara tidak langsung menjadikannya lebih sejuk dan fungsi kapas adalah untuk memerangkap haba. Antara kediaman yang sering menggunakan Langsir English Garden adalah rumah dengan gaya country atau kotej.

English Garden / Collection

  1. Langsir Summer House

Ada sesetengah pemilik kediaman yang mahukan sentuhan tropikal seperti negara dengan suhu panas sepanjang tahun, jadi Langsir Summer House adalah refleksi kepada cita rasa tersebut. Anda dapat lihat rekaan langsir Summer House memiliki corak dedaunan istimewa seperti di dalam hutan tropika atau tumbuhan yang anda dapat lihat di pantai-pantai pada musim panas. Di Acacia Fabrics, anda boleh menerokai tiga jenis corak langsir Summer House iaitu Analeigh, Paloma dan Luela. Corak Analeigh dan Paloma lebih menumpukan kepada rekaan tropikal dan Luela pula lebih kepada corak bulatan dengan warna sedikit pudar. Paling terbaik mengenai langsir Summer House adalah ia membangkitkan suasana yang mesra ataupun “warm” sesuai untuk pemilik kediaman yang memiliki keluarga besar atau suka menjemput tetamu datang ke rumah.

Summer House / Collection

  1. Langsir Big Adventure

Kembara safari, alam fantasi kartun dan penerokaan magis adalah antara elemen menakjubkan yang diketengahkan dalam Langsir Big Adventure. Langsir ini sepadan untuk bilik anak-anak kecil kerana rekaannya mampu memupuk daya imaginasi mereka. Rekaan “Playful” langsir ini juga menerapkan rona warna yang lebih jelas, terang dan pelbagai untuk memastikan elemen fantasi dan keceriaan bagi anak kecil adalah seimbang. Cetak corak yang sedikit rawak seperti beruang, gunung-ganang, batu, gua, belon helium dan rakun adalah ciri unik langsir Big Adventure yang mampu mengubah persekitaran bilik anak kecil anda menjadi bilik kembara untuk mereka. Kainnya pula lembut dan bersifat memerangkap haba kerana ianya diperbuat daripada 100% kapas dan tidak berbahaya kepada anak-anak kecil.

Big Adventure / Collection

  1. Langsir Maui

Langsir Maui mengetengahkan rekaan bercorakkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan, yang dinspirasikan oleh Hutan “Evergreen” iaitu hutan yang dikelilingi warna kehijauan sepanjang tahun. Kebanyakan Langsir Maui menerapkan corak bunga dan kelopak gergasi namun anda dapat melihat setiap butiran garisan corak yang teliti telah disulam. Kainnya pula sedikit tebal dan lebih tahan lasak sesuai bagi mencipta suasana hutan yang tidak terdedah. Antara corak terkenal Langsir Maui yang boleh didapati di gedung Acacia Fabrics adalah corak buluh, daun pokok palma dan daun pakis.

Maui / Collection

  1. Langsir Reala

Langsir Reala adalah koleksi yang berpandukan jahitan bertekstur polos yang menggabungkan corak sedia ada di rumah anda demi menyokong unsur hiasan yang sudah dimiliki di kediaman anda. Permukaan Langsir Reala juga memiliki ciri matte dan lebih tegap bagi menyerlahkan konsep urban dan moden. Dari segi bahannya pula, ia diperbuat daripada viscose linen berbentuk jalur yang sangatlah memukau manakala warna jalur itu anda boleh memilih berpandukan sofa di rumah anda. Langsir Reala juga bersifat semula jadi yang menyejukkan serta memerangkap haba sesuai untuk kediaman di bandar.

Reala / Collection

  1. Langsir Desertia

Jika anda tidak dapat memilih satu warna untuk langsir rumah anda, kini anda mempunyai pilihan untuk memilih dua rona warna dengan Langsir Desertia. Bebenang fabriknya memiliki dwi tona yang datang dengan pelbagai warna. Selain itu, fabrik langsir Desertia adalah fabrik FibreGuard, fabrik tahan lasak serta kalis kotoran. Sekiranya kediaman anda ada kanak-kanak atau haiwan peliharaan, anda ada peluang tinggi untuk kejadian tumpahan kotoran. Dengan Langsir Desertia, ianya sangatlah mudah untuk dibersihkan.

Desertia / Collection

Desertia / Collection

  1. Langsir Veluxe

Salah satu elemen penting dalam rekaan langsir moden terkini adalah bagaimana alunan drape anda. Langsir Veluxe memiliki alunan yang sangat licin dengan rona warna yang halus sesuai untuk menyerlahkan daya tarikan sensual pada langsir rumah anda. Pendek cerita, langsir Veluxe adalah pilihan “classy & seksi”. Walaupun memiliki perwatakan unik, langsir ini mudah dijaga kerana adanya FibreGuard, fabrik yang tahan lasak dan kalis kotoran.

Veluxe / Collection

  1. Langsir Stylise

Seandainya anda mahukan kelainan, anda boleh memilih Langsir Stylise yang memiliki cita rasa kontemporari pada masa sama kelihatan moden dan mewah. Corak pada fabriknya juga berbeza kerana ia diperbuat daripada poliester chenille dan jacquard bertekstur.

Stylise / Collection

Stylise / Collection

  1. Langsir Drama

 Bila tiba musim perayaan pula, anda boleh gunakan Langsir Drama yang memiliki sentuhan metalik dan evergreen untuk kediaman anda nampak bergaya dan mampu meninggalkan impression kepada tetamu anda.

Drama / Collection

  1. Langsir Junglio

Seperti gelarannya, Langsir Junglio mengambil inspirasi daripada hutan dengan cetakan haiwan serta digabungkan dengan bunga serta daun. Salah satu ciri unik lainnya adalah pada warnanya di mana ia memiliki rona warna lembut dan berani yang digabungkan sekali.

Junglio / Collection

  1. Langsir Mex

Ada juga antara kita yang mahukan sentuhan mewah dan sederhana pada masa sama, jadi Langsir Mex sesuai untuk fungsi ini di mana ia diperbuat daripada komposisi unik bahan kapas, poliester dan linen yang juga mampu memberikan kesan menyamankan untuk kediaman anda.

Mex / Collection

  1. Langsir Naturama

Langsir Naturama tersangatlah lestari dan tampak moden untuk kediaman anda. Ini kerana Langsir Naturama diperbuat daripada kain linen semula jadi dan kapas organik. Kedua-dua bahan ini mampu membuatkan Langsir Naturama nyaman dan ringan juga senang untuk dipasang.

Naturama / Collection

  1. Langsir Vortex

Sekiranya anda peminat corak Geometri, anda boleh memilih langsir Vortex yang memiliki reka bentuk geometri halus yang dicetak pada kain chenille bertekstur.

Vortex / Collection

  1. Langsir Jamboree

Keunikan Langsir Jamboree adalah pada sulamannya yang memiliki corak seakan-akan 3D tapi pada masa yang sama memiliki fabrik linen yang lembut dengan beberapa hiasan pada hujung kainnya. Ia juga dilengkapi dengan beberapa corak luar biasa seperti polka dot, geometri dan banyak lagi.

Jamboree / Collection

  1. Langsir Majestic

Jika anda mahukan kemewahan seperti Diraja, langsir Majestic adalah langsir jacquard dengan reka corak garisan menegak, damask dan garisan vertikal yang memiliki sentuhan seperti berada di Istana moden.

Majestic / Collection

  1. Langsir Fabulosa

Selain Langsir Majestic, Langsir Fabulosa juga boleh menjadi pilihan jika anda inginkan kemewahan seperti Diraja. Langsir Fabulosa direka dengan corak jacquard mewah dan bercorak geometri yang pasti mampu meninggalkan kesan luar biasa pada kediaman anda.

Di gedung Acacia Fabrics, selain memiliki koleksi langsir menawan dan menakjubkan serta terbesar di Asia Tenggara, ia menjadi pilihan ramai atau popular dalam kalangan pereka hiasan dalaman adalah kerana fabriknya mengutamakan kelestarian alam sekitar dan kemesraan alam kehidupan.

Sebagai bukti, koleksi langsir terkini Acacia Fabrics diperakui dan dianugerahkan dengan standard Kitar Semula Global atau umumnya dikenali dengan nama Global Recycled Standard (GRS) dan juga standard Kandungan Organic 100 ataupun (Organic Content Standar 100).

Seterusnya fabrik Acacia Fabrics juga mengikuti standard kandungan organik 100 yang menyatakan atau satu perakuan bahawa fabrik itu mengandungi lebih daripada 95% serat organik. Terdapat juga standard kandungan organik yang diadun (dikenali dengan OCS Blended) di mana fabrik itu mengandungi 5% dan 95% gentian organik.

 

Antara koleksi langsir Lestari (sustainability collection) yang anda boleh cari di gedung Acacia Fabrics adalah:

Recharge / Collection

Rewind / Collection

Cavalry / Collection

Bassilk / Collection

Cruiser / Collection

Focus / Collection

Merit / Collection

Transit / Collection

Jadi inilah 32 koleksi langsir terkini dan moden yang anda boleh terokai di gedung Acacia Fabrics pada hari ini. Sekiranya anda masih lagi buntu atau tidak pasti mana satu sesuai untuk kediaman anda, anda boleh terus hubungi dan kunjungi cawangan Acacia Fabrics berdekatan anda. Selamat mengindahkan rumah!

Read more

Eyelet Curtains Guide for Fabric Lovers

Eyelet Curtains Guide for Fabric Lovers

by Wana Che UjangDesertia Curtain Collection from AcaciaEyelet Curtains and Their Advantages Eyelet curtains (or also known as grommet or ring-top curtains) are placed directly onto a curtain pole without additional curtain rings or curtain tracks. As opposed to usual...

Falling in love with French Pleats for Curtains

Falling in love with French Pleats for Curtains

by Wana Che UjangWindow treatments are often overlooked when it comes to decorating your space. However, they indeed serve a functional purpose, such as effectively filtering or blocking light and safeguarding your privacy by blocking people’s eyes out of your...

Sheer Curtain Styles and Designs to Fall in love with in 2022

Sheer Curtain Styles and Designs to Fall in love with in 2022

by KRISTEN PHANGIn the mid-18th century, most sheer curtain designs were plain white curtains that complimented thick, luxurious velvet curtains. The lightness and flow of their translucent white cloth gave rooms a graceful and elegant touch, completing a room’s...