Panduan Langsir Eyelet untuk Banglo

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  

Langsir rakan tingkap rumah banglo anda

Tingkap adalah salah elemen terpenting bagi sesebuah pemilik kediaman sama ada rumah teres, apartmen malah banglo. Tingkap berkebolehan untuk menarik cahaya matahari semula jadi dan udara ke dalam rumah agar rumah anda sentiasa berudara dan bersih dari kotoran yang terperangkap dalam sesebuah rumah. Fungsi tingkap sangatlah banyak untuk diperkatakan namun ia bukan memiliki fungsi sahaja, ia juga mampu memberikan penampilan estetik yang sangat menawan untuk rumah anda malah dengan itu anda mampu mempesonakan setiap tetamu yang datang ke rumah anda. Apabila anda membuat sedikit pembaikan kepada tingkap anda dengan rancangan hiasan dalaman yang menarik pasti bikin hati anda tertambat. Dan tiada yang lebih unggul daripada meletakkan langsir pada tingkap rumah anda.

 

Apabila berbicara tentang langsir, ia menggambarkan personaliti anda. Langsir juga adalah gambaran kepada cita rasa dan gaya hidup anda dan langsir sememangnya cara paling terbaik untuk membawa masuk warna dan menggayakan tingkap dalam rumah anda. Memilih langsir yang betul untuk sesuatu ruang kediaman rumah anda mampu menyerlahkan seri kediaman anda. Seperti elemen hiasan dalaman rumah yang lain, langsir sememangnya terbukti untuk menjadi nadi utama dalam meningkatkan kualiti estetik bagi rumah anda yang sangatlah anda sayang.

 

Bawakan gaya ke dalam rumah anda dengan langsir yang mengalir panjang ke lantai atau beralun untuk dapur rumah anda dengan simbahan warna yang mempesona. Anda juga boleh samakan warna langsir anda dengan perabot, atau anda boleh memilih langsir dengan warna yang berbeza ataupun kontras untuk menambah dimensi rumah anda. Sebenarnya langsir juga bukan bertujuan untuk mengindahkan kediaman rumah anda, malah ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi seperti memberikan anda sedikit privasi daripada mata-mata di luar sana. Langsir juga mempunyai fungsi untuk menghalang sinaran matahari yang sangat panas masuk ke dalam rumah apabila anda memerlukan tidur pada tengah hari dalam bilik tidur yang gelap.

Artworks / Collection

Langsir sememangnya memegang kuasa untuk mengubah sesuatu bilik dan dengan memilih langsir yang betul pasti akan memberikan kediaman anda pengalaman yang luar biasa dan menakjubkan. Jika anda memilih langsir yang mampu memberikan kediaman anda nampak lebih terang, ia juga mampu menaikkan mood anda sambil menenteramkan fikiran dan badan anda.

 

Meletakkan langsir kepada tingkap anda sememangnya akan membantu anda untuk menikmati privasi malah memberikan anda kenyataan yang hebat datang dari cita rasa anda. Langsir juga datang dengan pelbagai saiz berbeza juga. Langsir yang panjang akan memberikan perasaan yang lebih mewah dan dramatik, dan mereka semuanya menjalar ke lantai kediaman anda. Langsir yang pendek kebiasaannya digunakan di dapur di mana anda menerima lebih cahaya matahari semula jadi dan kerana ruangnya yang lebih kecil daripada ruang kediaman anda yang lain. Kemudiannya terdapat juga langsir yang mampu menggelapkan suasana rumah anda seperti langsir blackout.

 

Langsir blackout berfungsi sama seperti namanya di mana ia untuk menghalang apa juga bentuk cahaya daripada memasuki kediaman rumah anda. Langsir blackout selalunya digunakan pada bahagian ruang bilik tidur di mana anda boleh menikmati tidur nyenyak tanpa sebarang cahaya jalan atau matahari atau boleh juga digunakan pada ruang hiburan yang besar di mana anda boleh menikmati suasana seperti berada dalam panggung wayang, sempurna bagi anda merehatkan minda selepas seharian bekerja!

 

Langsir juga terdiri daripada pelbagai jenis fabrik. Pilihan fabrik memainkan peranan paling utama atau tugasan pertama dalam menentukan langsir jenis apa yang anda mahukan. Fabrik jenis Velvet dan Damask yang lebih tebal sesuai untuk menyerlahkan penampilan moden dan lebih mewah manakala fabrik yang jenis sedikit nipis seperti kapas dan sutera terbaik untuk mencipta penampilah yang lebih minimalis dan ceria. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis fabrik untuk langsir anda di Acacia Fabrics yang memiliki pilihan Gedung fabrik terluas di Asia Tenggara!

Blanquette / Collection

Langsir Eyelet untuk rumah banglo

Namun pada hari ini kita akan berbicara tentang langsir yang sesuai untuk rumah banglo di Malaysia. Banglo adalah sejenis rumah satu tingkat yang mewah dan luas ruangnya. Rumah banglo juga memiliki bilik berasingan yang banyak dan kebanyakan rumah banglo di Malaysia terdiri daripada beberapa tingkat juga seperti banglo dua tingkat atau tiga tingkat. Rumah banglo di Malaysia kebanyakan didiami oleh ahli perniagaan atau mereka yang memiliki kewangan yang lebih daripada biasa. Kediaman banglo sememangnya adalah simbolik kekayaan seorang pemilik kediaman jenis banglo.

 

Dari segi unit luas atau dari segi kaki persegi atau meter persegi, banglo adalah lebih mahal untuk dibina berbanding dengan rumah dua tingkat atau apartmen di bandar. Ini disebabkan saiz asas dan bumbungnya lebih besar bagi ruang kediaman yang sama. Salah satu sebab kenapa banglo selalunya tidak dibina secara berkembar dan bukan seperti rumah teres adalah kerana rumah banglo dibina di atas tanah yang lebih besar.

 

Dan tingkap rumah banglo sudah semestinya lebih besar daripada kediaman rumah biasa. Pelbagai jenis langsir sesuai untuk rumah banglo dan jika dapat dipadankan dengan fabrik yang betul juga anda boleh menyerlahkan lagi sisi mewah dan berprestij kediaman banglo anda.

Lombardia / Collection

Dalam artikel yang lepas, kita sudah membincangkan tentang panduan menggunakan langsir jenis Eyelet untuk kediaman apartment dan kali ini Acacia Fabrics ingin membawakan panduan menggunakan langsir jenis Eyelet untuk banglo.

 

Langsir Eyelet atau langsir yang memiliki roda adalah langsir kontemporari yang dilengkapi dengan rod Panjang dan menggunakan tiang langsir. Langsir jenis Eyelet boleh menggunakan fabrik yang boleh dilipat dengan banyak dan besar. Salah satu sebab utama langsir Eyelet diberi nama Eyelet adalah kerana ia berada pada pandangan atas mata anda. Langsir jenis Eyelet tidak memerlukan bahan yang berlebihan untuk menghasilkannya ini adalah kerana langsir jenis ini perlu digantung kepada rod yang panjang atau tiang beroda. Kebiasaannya langsir jenis Eyelet mampu memberikan suasana yang lebih moden dan kontemporari.

 

Langsir Eyelet juga memiliki garisan yang sangat simetri dan uniform daripada atas ke bawah. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap langsir jenis Eyelet adalah sangat ‘simple’ dan terlalu ringkas dan moden namun jika digunakan pada kediaman yang lebih besar ia mampu menampilkan sisi kontemporari. Namun anda perlu berhati-hati kerana rumah banglo perlu menonjolkan sisi mewah jadi anda perlu memilih langsir Eyelet dengan corak fabrik yang lebih berani dan warna fabrik yang lebih menyerlah agar ia mampu membangkitkan suasana luar biasa dalam rumah banglo anda.

Draper / Collection

Contoh Langsir Eyelet dengan fabrik Poliester dari laman web Pinterest

Jenis Fabrik sesuai untuk langsir Eyelet di banglo

 

Fabrik Poliester

Fabrik jenis poliester adalah fabrik biasa digunakan pada langsir Eyelet kerana ia tahan lama, berkualiti dan dengan harga yang berpatutan malah mudah didapati di kedai berdekatan. Fabrik jenis poliester juga sangatlah mudah dijaga kerana ia tahan daripada kedutan, pengecutan dan penarikan. Disebabkan fabrik jenis poliester senang dan mudah dijaga, fabrik ini sangatlah sesuai untuk langsir jenis Eyelet. Ini kerana langsir Eyelet akan sering dibuka dan ditutup kerana kemudahan tiang berodanya. Fabrik poliester untuk langsir Eyelet sangat sesuai digunakan pada ruang bilik tidur dan ruang tamu. Walau bagaimanapun anda perlu mengelak menggunakan fabrik poliester untuk langsir Eyelet di rumah banglo anda kerana bahannya adalah mudah terbakar, mampu meresap bau daripada dapur dan mempunyai peredaran udara yang terhad. Fabrik poliester juga boleh dimiliki dengan pelbagai jenis warna, corak dan gaya. Anda perlu mempertimbangkan untuk memilih warna fabrik poliester yang lebih gelap untuk langsir Eyelet anda kerana salah satu keburukannya adalah ia susah untuk menanggalkan kotoran yang lebih teruk.

Fabrik Linen

Fabrik linen kebiasaannya menjadi fabrik yang lebih bergelora atau berombak kerana ia menawarkan penampilan seakan telah dijahit oleh tukang jahit profesional. Oleh kerana itu jika anda menggunakan fabrik linen bagi langsir Eyelet rumah banglo anda, anda boleh menggunakan untuk ruang makan yang kasual, bilik-bilik dengan berudara atau ruang tamu yang lebih kontemporari. Fabrik jenis Linen membenarkan langsir Eyelet anda menjalar secara kemas, dan ia tidak menghalang sinaran matahari daripada memasuki rumah anda.

 

Langsir Eyelet dengan fabrik linen perlu digantung dengan kadar pantas selepas membasuhnya bagi mengelakkan kemunculan kedutan yang tidak nampak cantik. Fabrik jenis ini juga membenarkan udara segar masuk ke rumah anda dan fabrik linen juga sesuai untuk kediaman dengan ruang yang luas kerana bahannya yang lebih semula jadi serta mampu menjadikan sesuatu ruang luas tampil lebih luas.

 

Fabrik kapas

Langsir jenis Eyelet dengan menggunakan fabrik jenis kapas adalah pilihan yang versatil, ini kerana mereka menawarkan gaya hiasan yang bersih yang memenuhi gaya tradisional atau moden. Fabrik kapas menjalar dengan baik menjadikan fabrik ini sesuai untuk digunakan bilik dengan suasana yang lebih formal.

 

Jika anda inginkan langsir Eyelet anda boleh menghalang cahaya dalam bilik tidur yang terang atau menyediakan privasi dalam ruang tamu rumah banglo anda, pilih fabrik kapas yang memiliki anyaman ketat atau anda boleh menggunakan panel langsir yang lebih seragam seperti langsir jenis Eyelet yang memiliki garisan seragam. Jika anda inginkan banglo anda berudara dan memiliki unsur semula jadi, anda boleh menggunakan fabrik jenis kapas. Fabrik kapas juga adalah sangat ringan dan boleh membias cahaya dan mudah dijaga dan dicuci menjadikannya pilihan yang sangat hebat untuk anak-anak anda yang masih kecil.

Contoh Langsir Eyelet dengan fabrik kapas dari laman web Pinterest

Fabrik velvet

Fabrik velvet adalah fabrik yang sangat-sangat biasa digunakan untuk langsir jenis Eyelet. Fabrik velvet adalah fabrik yang sangat berat dan tebal. Oleh kerana ianya sangatlah tebal, fabrik velvet boleh menyediakan lebih privasi dan menghalang cahaya dan lampu daripada memasuki kediaman anda. Fabrik velvet juga menjalar dengan baik, jadi fabrik velvet juga menawarkan rupa yang lebih formal dan lebih sesuai untuk digunakan pada ruang makan, ruang tamu dengan gaya klasik dan mewah, atau bilik tidur seakan-akan di hotel yang mahal.

Vineyard / Collection

Fabrik lace

Fabrik lace adalah fabrik jenis nipis jadi fabrik jenis ini diperbuat daripada bahan yang mudah sebati dengan cahaya semula jadi dan memberikan pembukaan lebih berudara. Gunakan fabrik lace untuk menambah sentuhan romantik pada ruang tamu makan tradisional yang telah digayakan atau gantungnya pada pintu melengkung anda untuk memberikan sedikit privasi tanpa menghalang sinaran cahaya matahari di luar.

 

Fabrik lace kebanyakan boleh ditemui dalam warna yang lebih neutral seperti putih, ivory dan kelabu, jadi mereka sebenarnya lebih mudah untuk sepadan dengan mana-mana warna skema dalam bilik anda. Bergantung bagaimana fabrik lace digunakan, mereka hanya boleh dicuci dengan mesin pembasuh sahaja. Anda juga perlu memeriksa label cucian untuk beri anda panduan bagaimana membasuhnya menggunakan mesin pembasuh.

 

Fabrik termal

Jika anda tinggal di banglo dengan cuaca yang lebih sejuk, anda boleh menggunakan fabrik termal pada langsir Eyelet anda. Fabrik termal menggunakan bahan yang lebih berat seperti poliester atau kapas. Fabrik jenis terma selalunya lebih tebal dan sebab itu ia mampu memberikan lebih haba kepada rumah anda. Fabrik termal juga sesuai untuk mereka yang memiliki kanak-kanak kerana ketebalannya mampu terlindung dari digunting atau dikotorkan.

Wilderness / Collection

 Panduan Warna Langsir Eyelet

 

Langsir jenis Eyelet biasanya memiliki rupa yang lebih teratur dan rapi di mana-mana sahaja tingkap anda letak. Jadi bila fikirkan tentang rekaan dan warna patut anda pilih, pastikan anda memilih warna yang lebih terarah kepada semula jadi dan tidak terlalu menonjol. Langsir Eyelet biasanya memberikan impak dan kesan yang menenangkan pada mana-mana fabrik langsir, jadi adalah lebih baik untuk mencampurkan warna yang betul untuk menyerlahkan lagi impak memiliki langsir Eyelet. Anda juga boleh memilih tekstur fabrik dengan warna pastel dan ini termasuklah warna kelabu putih dan banyak lagi. Namun jika anda ingin memilih warna yang lebih gelap atau menggunakan fabrik blackout, langsir Eyelet adalah pilihan yang tepat. Namun anda perlu ingat anda tidak boleh memilih kain atau fabrik yang memiliki terlalu banyak perincian atau rekaan kerana ia akan buatnya nampak murah dan berserabut serta menghilangkan kelasnya. Jadi sebelum memilih langsir Eyelet untuk kediaman banglo anda, anda perlu membuat pertimbangan yang sangat teliti.

 

Jika anda mempunyai persoalan atau masih tidak mengetahui bagaimana untuk memulakan kembara memasang langsir Eyelet pada banglo anda, anda boleh dapatkan nasihat pakar fabrik terkemuka Asia Tenggara iaitu Acacia Fabrics. Acacia Fabrics sentiasa berkomitmen untuk memberikan perkhidmatan yang paling terunggul buat pelanggan yang tinggal di dalam Asia Tenggara seperti Malaysia.

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, sila hubungi kami di sini

Baca seterusnya…

Panduan Langsir Eyelet untuk Apartmen

Panduan Langsir Eyelet untuk Apartmen

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Terdapat banyak manfaat bila anda memilih untuk menjadikan apartmen sebagai kediaman anda. Apartmen atau pangsapuri adalah rumah dalam bangunan. Antara manfaat yang paling hebat adalah lokasinya di tengah-tengah bandar atau apa yang...

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Langsir French Pleat untuk Bilik Tidur

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Kita semua sudah mengetahui langsir adalah salah satu pelindung tingkap yang biasa digunakan oleh ramai pemilik kediaman di Malaysia. Kebiasaannya langsir dilengkapi dengan beberapa pilihan tekstur, fabrik, warna dan corak yang boleh...

Panduan Langsir French Pleat untuk Penggemar Fabrik

Panduan Langsir French Pleat untuk Penggemar Fabrik

Oleh IZZUL IQRAM RAHIM  Sebagai peminat hiasan dalaman rumah atau peminat sesuatu fabrik, pastinya anda tahu dekorasi langsir mampu membangkitkan sesuatu suasana dalaman kediaman anda. Sentuhan menarik dari langsir juga mampu menawarkan kemasan yang sempurna...

[xyz-ips snippet=”Previous-Post-Button-Blogs”] [xyz-ips snippet=”Next-Post-Button-Blogs”]