Langsir Terkini dan Moden 2022 dari Eropah

Oleh IZZUL IQRAM BIN RAHIM

Apa bezanya langsir pada tahun ini?

Jika dilihat beberapa tahun kebelakangan ini pelbagai inovasi dan revolusi telah menjengah dunia. Kereta elektrik pandu sendiri, kewujudan mata wang kripto, pelancaran roket dan banyak lagi namun satu perkara yang masih relevan dari zaman sebelum Masihi dan terkini pada tahun 2022 iaitu sudah semestinya langsir di rumah anda!

 

Dalam setiap zaman, langsir memainkan peranan penting dan berpotensi untuk mengindahkan kediaman anda atau berfungsi untuk memberikan privasi atau memantulkan serta menarik cahaya semula jadi matahari ke rumah anda. Sehingga ke hari ini pereka dalaman masih menggunakan langsir sebagai elemen utama untuk membawa seri ke dalam kediaman anda. Seiring dengan peredaran zaman, rekaan langsir juga bertukar mengikut tahun dan juga trend semasa agar ia tidak lapuk dek zaman malah berkekalan untuk tempoh yang agak lama. Rekaan rumah-rumah dengan rekaan terkini yang tumbuh bak cendawan di Eropah dan Asia juga menjadi sebab utama mengapa langsir sering kali dinaik taraf bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya mereka yang membeli rumah dengan rekaan baharu.

 

Rekaan langsir juga sentiasa diperbaharui untuk keperluan kediaman moden anda. Kali ini kita akan menjelajah ke Eropah dan melihat apakah trend langsir terkini dan moden pada tahun 2022. Tapi sebelum itu kita perlu mengetahui keperluan ataupun spesifikasi tetingkap anda agar mudah untuk anda membuat keputusan sebelum melakukan pembelian langsir idaman anda. Berikut adalah beberapa keperluan yang anda boleh terapkan pada tetingkap rumah anda.

Cavalry / Collection

Elemen tetingkap rumah popular di Eropah pada tahun 2022

Tetingkap rumah pelbagai fungsi

Salah satu jenis rekaan tetingkap rumah terkenal tahun ini adalah tetingkap rumah pelbagai fungsi. Kebanyakan pemilik rumah atau bangunan perniagaan mendambakan tetingkap rumah yang bukan sahaja menawan malah memiliki fungsi yang hebat seperti menghalang cahaya matahari atau menyediakan privasi. Salah satu tetingkap rumah yang cantik dan memiliki banyak fungsi adalah yang menggunakan batang roller ataupun bidai yang boleh ditarik.

 

Tetingkap rumah minimalis

Pada tahun sebelum ini, kebanyakan rekaan langsir dan tetingkap rumah lebih cenderung ke arah corak yang keterlaluan. Namun roda telah bertukar pada tahun ini apabila kebanyakan pemilik kediaman mahukan rumah mereka kaya dengan estetik minimalis, termasuklah pada rawatan tetingkap rumah di mana mereka memilih tetingkap rumah dengan rupa yang tidak terlalu kompleks. Salah satu contoh terbaik tetingkap rupa dengan perwatakan seperti ini adalah tetingkap batang pensel yang mudah untuk anda cangkuk langsir anda.

 

Tetingkap batang pensel menjadi semakin terkenal di pasaran pada hari ini. Rekaan yang elegan dan mudah menjadi nadi gaya minimalis. Ia juga menjadi pilihan popular kerana ia sangat mudah dipadankan dengan mana-mana langsir atau fabrik yang anda mahukan. Jika anda mahu mencipta gaya rupa minimalis untuk rumah atau pejabat anda, jangan berlengah untuk mencari tetingkap rumah yang tidak serabut namun masih indah di mata memandang.

 

Tetingkap rumah yang mampu mengadaptasi teknologi pintar

Jika anda tertanya bagaimana teknologi pintar berkait dengan tetingkap rumah anda, anda pasti terkejut jika mendapati langsir anda kini boleh dibuka dan ditutup secara automatik menggunakan alat kawalan di rumah anda. Semenjak kebelakangan ini penggunaan teknologi pintar seperti menjadi  perkara biasa terutamanya yang diterapkan dalam kediaman. Selain itu, fabrik pada hari ini juga mempunyai teknologi pintar. Terkejut? Ya betul fabrik juga ada teknologi yang boleh membantu anda dalam mengekalkan haba atau untuk pembersihan yang lebih mudah. Dengan menggunakan teknologi dalam fabrik, anda mampu untuk menjimatkan penggunaan tenaga di rumah seperti tidak perlu kerap membasuh menggunakan mesin pembasuh atau perlu membeli penghawa dingin atau pemanas.

Cruiser / Collection

Jenis-jenis langsir popular di Eropah pada tahun 2022

Langsir Jenis Velvet

Walaupun konsep “minimalis dan sederhana” menjadi tunjang utama untuk langsir rekaan kediaman tahun 2022 di Eropah, langsir jenis velvet masih menjadi dambaan banyak pemilik kediaman. Ini kerana jika seseorang itu mahukan sentuhan kemewahan dan ingin memperlihatkan status kekayaan, tekstur kain langsir jenis velvet sangatlah menyerlah dengan berat kainnya yang menunjukkan jumlah benang yang banyak yang perlu digunakan malah lebih tebal daripada kain langsir yang lain. Namun apa lebih menakjubkan adalah langsir jenis velvet ini mampu membuatkan rumah anda berasa hangat pada musim sejuk. Sebab itu langsir jenis velvet masih relevan dan rekaannya sentiasa diperbaharui mengikut zaman. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan bil tenaga anda apabila anda tidak perlukan pemanas rumah untuk menghangatkan rumah. Tapi bagi penduduk di Malaysia, walaupun iklim kita mungkin berbeza, ketebalan fabrik langsir jenis velvet mampu menghalang cahaya matahari panas daripada masuk ke dalam kediaman.

Rekaan Langsir Velvet terkini Sumber: Pinterest

Bila bicara tentang cahaya, langsir jenis velvet juga berupaya untuk berfungsi sebagai langsir blackout yang menghalang cahaya malam atau siang bersama fungsi kalis bunyi untuk anda menikmati tidur nyenyak sepanjang malam.

Anda juga boleh bereksperimen dengan skema warna langsir jenis velvet. Jika anda mengidamkan kediaman anda untuk memberikan estetik drama dan mewah seperti kediaman kerabat diraja Inggeris, anda boleh gunakan warna lebih tepu dan gelap seperti warna kuning gelap diraja atau lain-lain. Jika anda mahukan kediaman anda nampak mewah tapi lebih neutral gunakan warna terang.

 

Langsir Jenis Eyelet Country Moden

Pada tahun 2022 juga kita dapat menyaksikan di Eropah ada juga pemilik kediaman yang mahu mengambil inspirasi rekaan rumah lama di desa atau “country” dan mengadaptasi dalam kediaman rumah mereka. Gabungan lama dan moden ini telah mencetus cita rasa unik yang berbeza pada masa sama menjadi nostalgia dalam dunia terkini. Langsir seperti ini selalunya menggunakan langsir eyelet di mana tetingkap kediaman anda perlu memiliki batang atau beroda dan langsir jenis eyelet ini akan digantung atau dilipat ke dalam batang beroda. Konsep langsir jenis eyelet telah lama terkenal di Eropah sebelum 1960an lagi apabila langsir telah dilipat berulang kali bagi menimbulkan tekstur seperti dijahit kemas oleh tangan. Bagi langsir jenis eyelet konsep country moden, ianya dilengkapi dengan beberapa perbezaan terutamanya pada corak dan rekaannya.

Rekaan Langsir Country Eyelet terkini
Sumber: Pinterest

Corak langsir jenis eyelet konsep country moden lebih ke arah corak bunga-bungaan seperti berada di desa namun dengan warna yang lebih moden seperti warna industri. Terdapat juga elemen desa lain yang telah diadaptasi bagi corak langsir jenis eyelet konsep country moden seperti haiwan dan paling jelas terlihat di desa adalah haiwan jenis “Farm” iaitu ayam, itik, burung dan lain-lain yang sentiasa memberikan suasana tenang dan damai. Langsir jenis eyelet konsep country moden juga berfungsi dengan baik untuk memikat cahaya matahari masuk ke dalam rupa dan memberikan efek bayang mempesonakan hasil dari lipatan yang telah direka. Walaupun lipatan langsir jenis eyelet konsep country moden susah untuk dibuat, anda tak perlu risau kerana anda boleh beli sendiri langsir sudah siap lipat di mana-mana sahaja.

Focus / Collection

Langsir jenis mampan

Pada tahun ini juga, terdapat banyak kesedaran daripada orang ramai mengenai alam persekitaran. Lebih-lebih lagi dengan lambakan pembinaan rumah dan pertambahan kenderaan api telah mengundang kepada masalah pemanasan global dan iklim. Orang ramai terutamanya di Eropah telah mula bergiat dalam menjalani gaya hidup lebih mampan seperti menggunakan kenderaan elektrik dan tidak terlepas juga langsir di kediaman mereka. Namun di Malaysia konsep mampan masih tidak terkenal dan sering disalah anggap kain langsir jenis mampan selalu diguna dari barangan kitar semula.

 

Rekaan Langsir Mesra Alam terkini

Sumber: Pinterest

Langsir jenis mampan sentiasa nampak luar biasa, dan mampu menepati cita rasa sesiapa sahaja. Dan pada masa tahun 2022 ini memang langsir ini senang diperolehi. Langsir jenis mampan lebih menumpukan kepada bahan yang digunakan. Antara bahan paling terkenal adalah fabrik jenis hem. Fabrik jenis hem adalah salah satu pilihan fabrik mampan yang mesra alam dan tidak terlalu mahal untuk dimiliki. Fabrik jenis hem juga mampu memberikan fungsi termodinamik di mana terdapat kitaran tenaga berbeza seperti haba dan suhu yang boleh dikawal oleh fabrik. Ini bermakna anda boleh mengubah suhu ikut keperluan kediaman anda seperti tukar menjadi panas di musim sejuk atau sejuk semasa di musim panas. Jika dilihat pada bentuk rekaan, langsir jenis mampan selalunya direka dengan corak yang lebih minimalis dan bergantung kepada satu tona warna seperti di masa hadapan contohnya warna kelabu gelap yang seakan-akan hijau seperti bangunan industri masa depan.

 

Warna-warna terkenal bagi trend langsir 2022 di Eropah

Seperti yang kita dah bincangkan di atas, kebanyakan trend langsir terkini pada tahun 2022 di Eropah lebih menjerumus kepada pendekatan dan impak minimal, tidak terlalu keterlaluan. Walaupun masih di antara penduduk di Eropah yang mahukan corak pelbagai pada langsir mereka, satu perkara yang perlu kita ketahui sebelum membeli langsir untuk kediaman mengikut trend terkini adalah elemen warna yang perlu dipertimbangkan.

Pada tahun 2022 ini, ramai penduduk Eropah menggunakan warna yang lebih bersih dan bersikap seperti warna bumi. Daripada memilih warna pelbagai dengan corak penuh, kebanyakan penduduk Eropah memilih warna neutral seperti warna krim, putih atau kelabu terang. Warna-warna ini tampak seperti warna biasa namun ia boleh memberi impak luar biasa.

Selain itu jika anda rasa warna tadi tidak dapat memenuhi cita rasa anda, anda boleh terokai warna yang lebih dekat dengan alam semula jadi seperti warna olive, hijau hutan atau biru laut. Warna-warna seperti ini mampu membangkitkan aroma keselesaan dan kehangatan pada sesebuah kediaman sementara berfungsi sebagai latar belakang untuk perabut yang menawan atau bahan perhiasan yang unik.

Transit / Collection

Fabrik-fabrik terkenal bagi trend langsir 2022 di Eropah

Ketahanan salah satu perkara penting untuk dipertimbangkan ketika membeli fabrik untuk kediaman anda, terutamanya jika anda memiliki keluarga besar atau haiwan peliharaan di rumah. Bayangkan jika rumah tamu anda menjadi tumpuan pelbagai aktiviti seperti majlis makan ataupun sekadar beristirahat bersama haiwan berbulu anda, anda pasti inginkan fabrik yang mampu melindungi daripada koyakkan atau kotoran.

 

Selain itu, cahaya matahari semula jadi juga mampu memudarkan warna fabrik langsir anda. Mungkin dahulunya fabrik jenis sutera menjadi pilihan ramai kerana kemewahannya, namun trend terkini mencadangkan adalah bagus untuk anda memilih fabrik seratus peratus diperbuat daripada Linen atau linen yang dicampur dengan fabrik jenis lain. Fabrik linen sangat tahan lama dan kalis daripada kedutan serta tidak akan pudar dengan senang. Jika anda ingin melihat fabrik lain yang hebat dan dilengkapi pelbagai fungsi, anda boleh memilih dan menerokai gedung fabrik terluas Asia Tenggara iaitu Acacia Fabrics. Memiliki fabrik yang betul dan berkualiti mampu menenangkan minda anda dan merupakan saham terbaik untuk masa depan di mana anda tidak perlu risau kerana fabrik itu masih elok dijaga dalam tempoh yang lama.

Recharge / Collection

Selain daripada itu, fabrik juga memainkan peranan penting dalam bagaimana langsir anda akan diaplikasikan. Jika fabrik anda terlalu nipis, anda mungkin mahu mempertimbangkan jenis rekaan langsir anda kerana ia mungkin tidak bersesuaian. Dan jika fabrik anda terlalu tebal, ia juga boleh mengakibatkan rumah anda berasa terlalu panas jika dibandingkan dengan keadaan suhu di Malaysia. Fabrik tebal juga akan mencipta lipatan tidak sekata hasilnya rumah anda kelihatan lebih serabut sebelum meletakkan langsir. Sebab itu adalah penting untuk anda menentukan fabrik mana sesuai untuk tingkap rumah anda. Pastikan anda ukur juga fabrik kerana jika ia terlalu tinggi atau pendek, ia akan membuatkan rumah anda nampak kekok.

Anda juga boleh menggunakan fabrik jenis kapas. Fabrik jenis kapas adalah fabrik yang sangat kukuh dan kuat walaupun luarannya terasa lembut dan mudah mengurai di tingkap rumah anda. Atau anda boleh memilih fabrik jenis sintetik yang lebih murah dan tahan lama. Jika anda mahukan langsir anda nampak lebih neutral, linen adalah pilihan terbaik untuk anda jahit menjadi langsir, yang seimbang dengan cita rasa moden dan kontemporari.

Pada zaman ini mencari langsir yang sepadan dengan kehendak cita rasa anda tidaklah sesukar seperti zaman dahulu. Lambakan fabrik langsir di laman digital boleh bantu anda menentukan pilihan langsir anda dari rumah sahaja. Anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk keluar menempuh kesesakan lalu lintas dan inilah yang anda mampu lakukan di laman web Acacia Fabrics.

Jadi dengan beberapa tip dan panduan, anda kini boleh mula menentukan langsir mana yang sesuai untuk kediaman anda pada tahun 2022. Jika anda masih was-was atau tidak pasti, jangan risau hubungi sahaja wakil Acacia Fabrics. Mereka sedia membantu anda sepanjang perjalanan anda memilih langsir paling sesuai untuk memenuhi cita rasa anda malah memuaskan hati setiap pemilik kediaman. Tunggu apa lagi, jom dapatkan langsir baharu anda!

If you are searching for the perfect curtain to express your personality at home, talk to our sales representatives in here

Read more

Hottest curtain designs from Europe

Hottest curtain designs from Europe

by LSY  Of all the continents in the world, Europe’s history is one of the most lengthy and substantial. We have seen the rise and fall of monarchies, the breakout of two world wars, and sustained ideological struggles in many of its countries throughout history....

Exploring the Most Popular Curtain Designs for Home Offices

Exploring the Most Popular Curtain Designs for Home Offices

by LSY  In early 2020, when COVID-19 was declared as a global pandemic by the World Health Organisation, companies were scrambling to implement work-from-home initiatives. Now, two years on, working from home has not ceased. In fact, it is a day-to-day or occasional...