Oleh IZZUL IQRAM

Ruang tamu adalah ruang paling penting di dalam rumah. Selepas masuk ke dalam rumah, itulah kawasan pertama yang anda bakal lihat dan sangat penting untuk berikan pandangan pertama yang terbaik apabila tetamu bertandang ke rumah anda. Ruang tamu juga adalah ruang utama untuk semua ahli keluarga berkumpul, bersosial, dan beristirehat bagi sementara waktu. Malahan, setiap perkara perlu sempurna, termasuklah langsir anda. Kebanyakan ruang tamu telah direka untuk memenuhi cita rasa moden. Oleh itu, langsir anda juga perlu mengikut trend terkini dengan fungsi yang bersesuaian.

Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh gunakan sebelum memilih langsir yang sesuai untuk ruang tamu kediaman anda:

  1. buy provigil online reviews Ukuran Langsir

Sebelum memilih langsir pilihan anda, pastikan ukuran langsir anda tidak mencecah lantai bagi mengelakkan kotoran di lantai melekat pada langsir dan kelihatan terlalu labuh. Ukuran terlalu pendek juga tidak sesuai dan akan nampak lebih pelik. Ukuran paling selamat yang anda perlukan adalah sekurang-kurangnya ada ruang sedikit sebelum mencecah tanah dan melebihi frame tingkap.

  1. buy cenforce 100 mg Warna

Pemilihan warna langsir ada berkait rapat dengan warna sofa anda. Warna langsir tersebut perlu harmoni dengan warna perabut anda. Selain itu, anda juga perlu mengambil kira tentang saiz ruang anda. Jika saiz ruang tamu agak kecil, anda perlu memilih warna yang lebih terang agar nampak luas dan menarik. Warna yang gelap kebanyakannya digunakan bagi tujuan privasi yang sesuai untuk bilik tidur. Namun, sekiranya anda ada langsir berganda, anda boleh memilih warna terang pada sisi belakang dan gelap di hadapan.

Jarash South Pacific / Collection
http://noblebuzz.com/cool-think-selfies-sorry-say-youve-got-nothing-guys-see-real-extreme-selfies-done-done-right/ Pronto / Collection
  1. Jenis Kain

Terdapat pelbagai jenis kain dengan pelbagai jenis fungsi. Sebagai contoh, kain yang nipis berfungsi untuk membenarkan cahaya masuk dan rasa segar setiap kali berada di dalam rumah. Manakala, jenis black out yang lebih tebal sesuai untuk privasi di dalam bilik. Ada juga jenis English Classic yang menampilkan rekaan tradisional dan tenunan tangan yang menampilkan ciri-ciri mewah dan anggun. Pilihlah kain yang berkualiti untuk kegunaan lama.

  1. Corak

Kebanyakan langsir moden mempunyai corak yang sangat minimal. Terlampau banyak corak boleh menyebabkan langsir anda nampak janggal. Namun, jika anda masih mahukan corak, pastikan ia sepadan dengan rekaan perabot dan rekaannya perlu mengikut trend paling terkini agar tidak nampak keterlaluan.

  1. Variasikan Rekaan Langsir

Langsir anda tidak perlu sama corak atau rekaan pada ruang-ruang lain seperti di dapur atau di bilik tidur. Pastikan ia berbeza daripada ruang-ruang lain agar ciri-ciri verstail dapat diserlahkan lagi. Ikut kreativi anda dalam mengadun rekaan langsir di dalam rumah anda. Langsir ruang tamu anda perlulah yang paling menarik perhatian berbanding ruang-ruang lain kerana di situ adalah tempat tumpuan.

Setelah meneliti beberapa faktor di atas, anda perlu kenali pula jenis langsir anda, agar anda tidak membuat kesilapan dan rugi pada kemudian hari. Pastikan jenis langsir anda adalah moden dan tidak lari jauh dari konsep itu. Ada sesetengah pengguna yang memilih langsir jenis tradisional kerana coraknya cantik namun terpaksa menukarnya kembali kerana tidak menghidupkan suasana moden yang ingin direalisasikan. Di bawah adalah beberapa jenis langsir moden yang boleh anda terokai untuk memantapkan lagi ruang tamu kediaman anda.

  1. LANGSIR JENIS LURUS

Langsir jenis lurus sangat tepat untuk ruang tamu moden. Kerana rekaannya yang minimal, anda boleh memadankannya dengan pelbagai jenis perabot atau dinding rumah anda. Langsir jenis ini juga boleh mewujudkan suasana yang lebih damai dan nyaman. Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak untuk langsir jenis ini. Sesetengah orang memilih langsir berganda untuk dapatkan hasil lebih memuaskan. Di belakang langsir berganda ini fabriknya lebih ringan agar cahaya terang mudah masuk manakala di hadapannya pula, fabriknya lebih tebal untuk privasi pada waktu malam hari.

Anda juga boleh meletakkan aksesori pada langsir jenis lurus tetapi tidak digalakkan bagi mengekalkan identiti ringkas dan elegannya.

Pronto / Collection
Blanquette / Collection
  1. LANGSIR JENIS ROM

Langsir jenis ROM juga boleh diaplikasikan dalam konsep moden. Langsir ini mempunyai bentuk segi empat sisi yang menawan dan unik. Apabila tingkap dibuka, ia akan terbuka dalan lipatan mendatar yang sangat mewah. Namun, apabila diluruskan, langsir ini akan menutup tingkap sehingga ke ambang tingkap dan dalam bentuk terkumpul. Terdapat pelbagai jenis langsir Rom.

  • Frame Wayar

Dilengkapi dengan pengikat teguh dan keras yang membentuk lipatan ketat.

  • Tanpa Frame

Tidak dilengkapi dengan sebarang pengikat. Lipatan terbentuk dalam bentuk tersusun semata-mata, tetapi turun secara menawan pada sisi tepi.

Pilihan warna langsir ROM kebanyakannya adalah lebih terang bagi menyerlahkan pemandangan tingkap anda. Langsir jenis ROM juga boleh digabungkan dengan langsir jenis lurus yang dapat memberikan kombinasi yang lebih menarik dan tersendiri.

  1. LANGSIR DENGAN LAMBREQUIN

Jika ruang tamu anda besar dan luas, anda mungkin boleh mempertimbangkan langsir dengan hiasan Lambrequin yang mampu menambat hati orang ramai. Reka bentuk yang mewah dan bergaya serta eksklusif mampu menyerlahkan ruang tamu anda dengan lebih anggun dan elegan. Lambrequin juga dapat melengkapkan rekaan langsir anda agar tidak nampak terlalu ringkas dan sederhaha. Secara dasar, Lambrequin adalah satu perhiasan bagi langsir pada pengikat langsir paling atas.

Dalam kata lain, ia berfungsi sebagai kepala tirai. Lambrequien yang berasal dari Perancis juga selalu digunakan pada hujung atap bumbung untuk kemasan yang lebih unik dan artistik.

Terdapat pelbagai jenis langsir yang boleh anda terokai lagi. Sekiranya anda masih dalam kebuntuan, anda boleh dapatkan pertolongan daripada pakar hiasan dalaman untuk nasihat dan bimbingan lebih lanjut.

Seminar / Collection
Concept / Collection

Langsir ruang tamu, langsir utama

Langsir ruang tamu boleh dikategorikan sebagai langsir yang paling utama di dalam rumah. Sesebuah ruang di dalam rumah terutamanya ruang tamu terasa tidak lengkap jika langsir tidak digantung. Langsir terkini merupakan dan boleh jadi hiasan yang bukan sahaja menambah seri di dalam satu-satu kawasan di dalam rumah tetapi juga dapat memberi keselesaan yang maksima kerana langsir boleh menjaga privasi ahli keluarga yang sedang berehat di ruang tamu bersama-sama. Langsir moden untuk ruang tamu terkini yang sedang menjadi trend adalah langsir yang digantung dengan langsir dua lapis. Besi untuk menggantung langsir perlu dipasang secara dua lapis bertindan antara satu sama lain. Jika anda belum memiliki besi yang berlapis, anda boleh hubungi pakar rekaan langsir moden dan terkini di Acacia untuk ukur dan pasangkan untuk anda di ruang tamu rumah anda. Pada besi gantung langsir ini, langsir nipis yang dipanggil sheer dinasihatkan untuk digunakan dan digantung pada bahagian belakang. Langsir sheer sesuai digunakan pada waktu siang yang mana, ruang tamu boleh dapat sinaran cahaya matahari secara samar-samar tanpa terasa bahang kepanasan yang melampau. Manakala langsir tebal yang dapat menutup ruang tamu dari sinaran cahaya matahari terang dan panas digunakan pada bahagian depan. Langsir tebal digunakan dan ditutup pada waktu malam untuk memberi privasi penuh kepada penghuni rumah kediaman. Langsir dua lapis ini dapat memberi ilusi mewah pada tingkap dan pintu gelongsor di ruang tamu di dalam rumah. Kita boleh pilih untuk mengikat kedua-dua langsir itu sekali untuk membenarkan cahaya matahari masuk terus menerus atau pun mengikat langsir hadapan yang biasanya dipanggil langsir blackout secara beralun menggunakan tali ikatan di tepi dinding atau ikatan secara tegak dengan pengikat langsir yang boleh juga ditempah mengikut kesesuaian dan padanan langsir yang digantung. Pengikat langsir tidak perlu sarat kerana langsir ruang tamu anda adalah yang utama di tingkap dan pintu.

Langsir ruang tamu senang cuci

Sisa habuk yang melekat pada cermin pintu gelongsor dan tingkap di ruang tamu pasti akan terkena pada langsir yang digantung. Langsir yang senang diurus dan dicuci sangat menyenangkan semua orang di dalam rumah jika langsir itu terkena cela dan menjadi kotor. Jadi, langsir yang sesuai digunakan di ruang tamu yang sudah pastinya ramai yang menggunakan ruang tamu itu pada masa seperti hari perayaan, hari sambutan atau majlis keramaian dan juga hari keluarga untuk bertemu dan menghabiskan masa bersama dengan jamuan makan yang pasti akan terkena sisa makanan perlulah senang dibersihkan. Pakar langsir juga pasti boleh mengesyorkan anda untuk menggunakan kaedah yang tertentu untuk mencuci langsir dengan senang. Langsir terkini yang tidak perlu disental kuat untuk membuang dan menghakis kotoran pada fabrik pasti amat diimpikan oleh setiap pemilik rumah kediaman. Langsir moden untuk ruang tamu terkini mestilah tepat dan bersesuaian untuk kegunaan setiap masa. Ruang tamu adalah kawasan di dalam rumah yang sering kali digunakan dengan jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Langsir terkini digantung tinggi untuk menampakkan siling rumah yang tinggi. Langsir yang diukur dan digantung melebihi bingkai tingkap dan pintu gelongsor menampakkan ruang tamu itu luas apabila langsir itu ditutup rapi. Setiap tingkap dan pintu gelongsor pada sebuah rumah berlainan saiz bergantung pada jenis rumah yang anda miliki. Langsir boleh ditempah mengikut saiz pintu dan tingkap sama ada menggunakan langsir dua atau tiga panel. Saiz panel bergantung pada saiz bingkai. Anda boleh merujuk pada pakar hiasan langsir di Acacia Fabrics untuk dapatkan ukuran yang tepat. Hubungi saja pakar langsir di Acacia Fabrics dan mereka akan memberikan anda khidmat konsultasi langsir yang anda inginkan. 

Quest / Collection
Forever / Collection

Desain langsir pada tingkap dan pintu gelongsor di ruang tamu

Desain langsir ruang tamu terkini dan ada nilai reka bentuk moden dapat menyerlahkan bentuk polos dan kosong pada bingkai tingkap dan pintu gelongsor di rumah anda. Anda hanya perlu pastikan ukuran bingkai tingkap, pintu dan pintu gelongsor diukur dan diambil dengan tepat supaya langsir ruang tamu anda tampak elok tanpa ada cela seperti singkat atau gelebeh. Saiz bingkai, ukuran langsir dan bilangan pencangkuk langsir pada besi gantung langsir mestilah tepat juga. Mata setiap yang melihat pada ruang tamu akan terus melirik pada langsir moden yang tergantung indah menghiasi ruang tamu dengan warna dan gaya moden berpadanan dengan tema atau dekor hiasan rumah yang dipilih sebelum ini. Bertanya pada pakar hiasan dalaman dan pereka langsir adalah satu kemestian dalam mereka desain dan tema sesebuah rumah kediaman. Langsir moden boleh dihasilkan dengan menggunakan fabrik langsir bercorak dan sederhana. Terdapat pelbagai pilihan daripada beribu-ribu koleksi fabrik langsir moden direka dengan rekaan corak dan polos di Acacia Fabrics dan semua ini dapat di lihat di collection. Klik saja pada mana-mana koleksi langsir Acacia untuk dapatkan inspirasi dan idea-idea menarik untuk langsir moden ruang tamu terkini anda. Setiap rekaan langsir di dalam gambar yang ditonjolkan dalam setiap koleksi adalah contoh yang anda boleh fikirkan dan rekakan untuk langsir ruang tamu anda mengikut kesesuaian saiz bingkai tingkap dan pintu gelongsor di ruang tamu di dalam rumah anda. Langsir moden dengan fabrik yang ditunjukkan di dalam koleksi di Acacia pasti dapat memenuhi hampir kesemua jenis rekaan dekor rumah moden. Ketinggian langsir ruang tamu anda boleh diukur dari lantai hingga mencecah ke siling.

Warna, corak dan reka bentuk langsir ruang tamu

 Kombinasi warna langsir yang senada dengan perabot lain yang digunakan untuk menghiasi ruang tamu itu perlu dititikberatkan juga. Cipta sentuhan moden dengan warna langsir terkini seperti fabrik langsir warna cerah dan warna semulajadi yang memberi ilusi cerah, luas dan tinggi. Ruang tamu akan tampak lapang dengan warna semulajadi. Corak pada fabrik langsir juga boleh disuaipadankan dengan warna langsir ruang tamu. Warna pada corak langsir boleh diserikan dengan penggunaan warna pada sofa. Sofa yang polos di ruang tamu dan langsir bercorak pada tingkap dan pintu gelongsor menyerlahkan ruang tamu di dalam rumah. Ada juga yang gemar akan kombinasi warna yang menyerlah seperti menggunakan warna panas pada langsir untuk dipadankan dengan hiasan rumah yang lain yang juga berwarna seakan sama dengan langsir ruang tamu itu. Trend dekor rumah terkini dengan gabungan hiasan suai padan menggunakan perabot hiasan dalaman rumah yang sedia ada juga boleh digunakan untuk ruang tamu yang moden. Fungsi langsir yang sememangnya untuk menutup pandangan luar ke dalam rumah dan juga menahan cahaya matahari yang terang dan panas adalah satu kemestian dan diketahui umum. Namun, langsir bercorak dan berwarna sepadan dengan hiasan rumah yang lain menjadikan suasana ruang tamu harmoni. Penggunaan warna langsir terkini yang dapat dipilih dari acaciacurtain.co semestinya menyenangkan anda. Beritahu saja warna, corak dan reka bentuk langsir yang macam mana anda inginkan, Acacia pasti ada.

Illusion / Collection

Dengan adanya idea dan inspirasi dari bacaan artikel ini, langsir moden pada ruang tamu di rumah anda pasti yang terbaik. Langsir ruang tamu di setiap rumah kediaman sememangnya langsir utama yang pertama dilihat oleh semua orang yang bertandang dan masuk ke dalam rumah. Langsir ruang tamu perlulah direka dan digantung dengan reka bentuk yang istimewa dan moden dengan gaya tersendiri mengikut tema hiasan dalaman rumah yang diinginkan oleh semua pemilik rumah seperti anda. Langsir ruang tamu adalah pelengkap utama untuk hiasan dalaman rumah. Tidak lengkap sebuah rumah kediaman itu tanpa ada hiasan langsir terutamanya ruang tamu. Langsir ruang tamu terkini pelengkap rumah dengan tema moden sempurnakan mahligai idaman setiap pemilik rumah kediaman.








Previous


Next

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di Acacia Langsir Terdekat