Inspirasi Serata Dunia Fesyen Langsir Terkini Dan Moden

Oleh IZZUL IQRAM

Walaupun kediaman anda terletak di Malaysia, tidak bermakna anda perlu ikut rekaan dalaman dari Malaysia. Kediaman anda boleh sahaja diinspirasikan oleh negara-negara luar agar rumah anda jadi lebih menarik dan menawan. Sama seperti langsir anda.

Langsir anda boleh diilhamkan dari benua lain asalkan memenuhi citarasa moden dan terkini yang anda cuba bawakan. Terdapat pelbagai konsep dan ciri langsir fesyen moden dari benua luar seperti Eropah dan Asia yang boleh anda terokai. Di bawah adalah beberapa contoh jenis langsir dari negara terkenal dengan cita rasa unik dan indah.

 

  1. Langsir Perancis

    Langsir Perancis mengambil reka bentuk langsir jenis Baroque. Langsir jenis ini suatu ketika dahulu kebanyakannya digunakan di teater kerana bentuknya yang padat, penuh dan mewah. Tirainya disusun dalam bentuk tirai menegak. Dengan bantuan tali khas, langsir ini boleh dibuka dan ditutup mengikut bahagian-bahagian tertentu.

    Kainnya pula tidak lurus, malah berimpal-impal. Terdapat banyak jahitan pada kainnya. Pemilihan fabrik dan warnanya lebih lembut dan langsir luarnya sedikit keras. Namun pada waktu moden kini, semua mampu memiliki langsir jenis Baroque yang mengutamakan gaya mewah dan romantik Perancis.

Ghazal / Collection
Jaba / Collection
  1. Langsir Australia

    Langsir Australia terdiri daripada beberapa bahagian. Selalunya langsir biasa terdiri daripada langsir jenis nipis dan tebal. Namun, langsir reka bentuk Australia terdapat tiga bahagian utama dalam barisan menegak, yang hanya dapat dilihat semasa tirai diangkat ke atas. Semakin tinggi tirai diangkat, lebih banyak bahagian dibuka.

    Bahagian pertama selalu langsir jenis putih dan nipis untuk kemasukan cahaya. Manakala langsir tengah atau kedua berbentuk bungkus dengan lipatan pada bahagian atas. Bahagian ini sedikit berbeza dan mewah dengan lampiran berkedut, bercorak dan diikat dengan tali khas. Bahagian ketiganya pula lebih tebal untuk privasi dan penggunaan pada waktu malam. Tiga bahagian berbeza ini menyerlahkan sisi mewah dan unik pada kediaman anda.

     

  2. Langsir Rom

    Kebanyakan kediaman yang mengambil inpirasi Rom biasanya boleh dilihat pada bahagian langit bumbungnya. Permukaan langit Rom lebih pejal dan dikelilingi dengan selat atau bahagian tepi yang dihiasi motif taman Rom. Disebabkan bumbung Rom sudah kelihatan bergaya, tirai dan langsirnya pula lebih minimal.

    Tirai Rom selalunya adalah jenis plastik dan kertas. Tirainya boleh diangkat dan diturunkan menggunakan tali khas. Tirainya berbentuk empat segi dan ukurannya lurus.  Warnanya pula kebanyakan putih dan dihiasi dengan garis hitam. Selain itu, tirainya boleh diletakkan di semua ruang kediaman seperti dapur dan bilik tidur. Langsir Rom dapat menyerlahkan gaya tinggi seni Rom dengan cetusan inspirasi moden.

Nuance / Collection
Belga / Collection
  1. Langsir Inggeris

    Langsir jenis Inggeris mengambil inspirasi yang kurang sama dengan Langsir Australia. Tetapi langsir Inggeris mempunyai lebar kain yang lebih besar berbanding langsir Australia. Reka bentuk siap langsir Inggeris dihiasi dengan bahagian lipatan mendatar dengan kaunter yang menegak. Langsirnya juga boleh dibuka atau diangkat dengan menggunakan tali khas.

    Langsir Inggeris juga hadir dengan kain yang lebih sesuai bagi memenuhi cuaca yang lebih sejuk. Langsir Inggeris juga mampu menyerlahkan gaya moden yang lebih mewah dan mengangkat status kediaman ke satu tahap yang lebih berbeza. Corak dan motif diraja juga selalu digunakan bagi menghayati sejarah knight Inggeris dan Queen Elizabeth.

     

  2. Langsir Itali

    Langsir Itali lebih menyerupai langsir tradisional. Namun, pilihan fabriknya agak moden dan terkini. Gabungan moden dan tradisinya mampu mengangkat cita rasa kelas tersendiri. Selalunya langsir Itali adalah langsir jenis portiere. Langsir portiere adalah langsir yang digantung pada pintu masuk tanpa pintu. Langsir Portiere juga digunakan pada binaan Istana Itali pada awalnya untuk membezakan dua bilik pada kediaman.

    Langsirnya juga tidak boleh dibuka penuh dan diikat mati tapi masih boleh membenarkan cahaya masuk ke dalam kediaman. Fabriknya pula lebih tebal dan pemilihan warnanya sedikit terang untuk memberikan rasa kediaman yang segar dan moden.

Jaba / Collection
  1. Langsir Jepun

    Langsir Jepun pula mengutamakan gaya yang lebih minimal dan bersih. Kebanyakan langsir mereka adalah jenis Laconic. Langsir mereka juga kelihatan seperti skrin dan panel fabrik. Langsir jepun adalah langsir yang lurus seperti kain yang dibiarkan.

    Kerana fabriknya yang sangat mudah dan minimal, anda boleh aplikasikan pelbagai corak dan motif. Ada juga yang menggunakan tulisan karakter Jepun dengan moto yang mengatakan sesuatu tentang kediaman mereka. Langsir kain mereka juga boleh menjadi pemisah antara ruang yang lain. Tiada tali khas atau pengikat utama yang digunakan pada langsir Jepun. Langsir jepun masih membenarkan cahaya masuk namun lebih tertutup untuk privasi. Langsir kain mereka juga banyak digunakan pada kedai-kedai di Jepun.

    Terdapat banyak gaya fesyen langsir terkini benua lain yang anda boleh ambil inspirasi untuk mengindahkan kediaman anda. Tidak salah untuk mendapatkan inspirasi luar agar kediaman anda tidak nampak seperti biasa malah boleh jadi luar biasa jika anda membandingkan dengan kediaman di Malaysia.

    Gabungan cita rasa negara luar juga mampu memberikan pandangan yang lebih meluas dan mewah. Ilham seluruh dunia mampu membuka mata tetamu anda lebih luas. Sekarang, amat senang untuk mendapatkan langsir serata dunia. Pergi sahaja ke laman web dan anda mampu memilikinya sekelip mata. Tidak salah untuk anda ber-eksperimen dan jadi berbeza. Dapatkan pandangan perunding hiasan dalaman jika anda masih tidak pasti dengan pilihan anda.

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di Acacia Langsir Terdekat

Open chat