Panduan Padanan Warna Dan Reka Bentuk Fesyen Langsir Terkini

by Izzul Iqram Bin Rahim

Ghazal

Liberate / Collection

Adakah kediaman anda berkonsepkan moden terkini? Jika ya, sudah pasti pilihan perabot dan reka bentuk kediaman anda berteraskan cita rasa moden terkini yang diserlahkan dengan gaya minimal dan segar. Tapi bagaimana pula dengan langsir anda? Langsir anda juga perlu bersesuaian dengan konsep kediaman yang anda cuba bawakan. Untuk itu, sangat penting untuk anda ketahui fesyen langsir terkini agar anda tidak membuat kesalahan.

Terdapat banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan fesyen langsir terkini. Tapi hari ini, kita akan memfokuskan pada aspek yang terpenting dalam dunia fesyen langsir terkini iaitu padanan warna dan pilihan reka bentuk langsir anda.

Perkara pertama sekali dalam membuat pemilihan fesyen langsir terkini, anda perlu ketahui reka bentuk langsir anda. Reka bentuk langsir anda akan memainkan peranan dalam pemilihan yang seterusnya seperti corak, warna dan kain yang akan anda gunakan.

 

  1. Khadyzhensk Langsir bentuk Lambrequin:
    Langsir Lambrequin adalah langsir dengan kain hiasan pada kepala langsir. Ia mempunyai lipatan, ruffles atau kain pada hujungya. Reka bentuk Lambrequin selalunya berbeza, elegan dan menawan hati. Tujuan utama Lambrequin adalah untuk menjadi penyelesaian hiasan kepada langsir kosong. Terdapat beberapa jenis Langsir Lambrequin seperti Svagi, Bando, Jabot, Kokilye, dan Perekida
  2. http://opsinc.ca/studio/ Langsir bentuk Ruche
    Langsir kecil dengan lebar luas. Terdapat rampaian kain yang berkumpul pada hujungnya. Langsir jenis ini selalu dipegang dengan pemegang lembut Pelmet.
  3. http://lksquaredphoto.com/?pp_route=/image-resize Langsir bentuk Rolled
    Langsir ini sedikit berbeza dengan langsir yang biasa. Langsir ini mempunyai mekanisme bergulung yang istimewa, di mana ia boleh melipat langsir tersebut dalam pergerakan berguling ketika ditarik. Selalunya langsir seperti ini diletakkan pada ruang dapur di mana senang untuk dikendali. Mekanisme bergulungnya mudah dikendali untuk pembukaan dan penutupan terus. Langsir jenis ini datang dengan warna dan bahan yang berbeza. Yang pasti, langsir ini bukan dihasilkan dari kain. Kebanyakan dari plastik polister atau besi.
  4. Langsir Kapas atau tali (Muslin)
    Langsir Muslin telah digunakan berkurun lamanya di negara-negara timur. Muslin terdiri daripada struktur tenunan benang yang berbeza. Langsirnya mengurai jatuh ke bawah. Manakala ketebalan kainnya sangatlah nipis dan bersifat satu per satu. Langsir ini mampu menyerlahkan sisi romantik dalam kisah cinta moden. Langsir ini kebanyakan diletakkan di bilik tidur. Ada juga yang diperbuat daripada sutera yang menyerlahkan pesona mewah barat.Setelah memilih reka bentuk langsir moden terkini anda, sekarang anda boleh meneruskan panduan seterusnya iaitu memilih warna langsir yang betul.
Ghazal

Draper / Collection

    • 2. WARNA LANGSIR MODEN

      Pernahkan anda menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan warna langsir anda? Jika anda menghadapi situasi ini, ianya memang normal. Warna adalah perkara yang susah dan membebankan. Namun jika anda ikuti panduan ini, anda boleh buat pilihan yang betul. Jom kita pelajari panduan dibawah:

      1. Fahami Persekitaran Anda

        Perkara pertama sekali dalam menentukan warna adalah mengetahui apa konsep anda. Konsep terkini selalunya menekankan konsep minimal dan segar. Konsep minimal memberikan kawasan yang lebih luas. Oleh itu, anda perlukan warna yang lebih segar dan terang bagi menyerlahkan setiap sisi ruang kediamanan anda. Warna terang dan mendamaikan seperti hijau, putih dan biru laut terang boleh menjadi pilihan utama. Jika anda mahu menyerlahkan sisi mewah pula, warna anda seharusnya sedikit gelap namun tidak keterlaluan. Warna mewah seperti emas, merah garang, biru gelap adalah pilihan terbaik bagi konsep mewah moden. Namun persekitaran anda juga harus memainkan peranan. Sebagai contoh, jika sofa dan dinding anda tiada konsep mewah moden, anda tidak boleh memilih warna mewah moden untuk langsir anda. Kesimpulannya, setiap atur cara kediamanan anda menentukan pemilihan warna langsir anda. Jangan kelirukan orang luar dengan pilihan yang lari dari persekitaran anda.

         

      2. Fahami motif atau corak langsir anda

        Adakah langsir anda mempunyai corak? Jika begitu, apakah warna yang anda patut pilih? Perkara pertama sekali anda kena ketahui corak apa itu pada langsir anda? Jika corak anda berkisarkan alam semulajadi, corak paling terkenal dalam konsep moden terkini, seperti daun dan pokok, sudah pasti warna hijau menjadi pilihan. Namun, anda boleh menjadi sedikit kreatif. Alam semulajadi tidak perlu menjadi hijau semata-mata. Seperti bunga orkid, warnanya sedikit unik seperti merah jambu. Anda juga boleh campurkan seperti warna putih sebagai warna belakang utama dan motif pokok anda warna hitam atau hijau. Warna semulajadi anda tidak perlu terhad kepada satu warna sahaja. Banyak lagi warna motif dan corak langsir yang boleh anda terokai.

         

      3. Gabungan Warna

        Kadang-kala, anda boleh gunakan dua warna dalam satu set langsir. Kebanyakan langsir moden terkini bersifat berganda. Langsir tebal dihadapan dan nipis dibelakang adalah jenis langsir berganda. Selalunya langsir nipis berwarna putih manakala langsir tebal pula boleh menggunakan warna yang lebih gelap untuk lebih privasi.

         

      Reka bentuk dan warna langsir adalah dua perkara utama yang menentukan “Gaya langsir anda”. Kedua-dua elemen ini perlu selari bagi menyerlahkan citarasa konsep fesyen langsir terkini anda. Sebelum memilih langsir, buat kajian terperinci dan tanya pakar hiasan dalaman. Diharapkan panduan ini mampu membimbing anda untuk membuat keputusan yang betul agar anda mempunyai kediaman berhiaskan langsir yang indah dan menawan.

    Ghazal

    Sardegna / Collection

    Warna langsir dan warna cat dinding atau kertas hiasan dinding

    Pilihan warna langsir dan warna di dinding sama ada dicat atau dilekatkan dengan kertas hiasan dinding yang sepadan memberikan sebuah ruang di dalam rumah anda nampak tenang dan luas tanpa cela. Warna sejuk dan cerah memberikan ruang bilik dan ruang tamu yang kecil tampak luas. Rumah yang mempunyai kawasan yang terhad perlu memilih warna langsir dan warna dinding seperti putih, krim atau warna cerah seperti biru muda dan kelabu. Warna langsir dan warna dinding yang dipilih mestilah mengikut tema dekor rumah supaya semua hiasan rumah kelihatan kemas dan teratur. Dinding yang dihiasi dengan bingkai gambar dan jam dinding sudah semestinya perlu dipadankan dengan warna langsir yang senada. Warna pada langsir bercorak atau langsir polos mestilah sesuai dengan jenis gambar di dalam bingkai gambar yang digantung di dinding. Gambar lukisan abstrak amat cocok sekali di gantung dan disesuaikan dengan langsir polos berwarna seakan dengan warna di dalam corak abstrak itu. Bagi gambar keluarga atau gambar pemandangan, anda boleh memilih untuk menggunakan langsir bercorak berwarna cerah atau gelap bergantung kepada kesesuaian warna di dalam gambar. Pemandangan lautan biru boleh disuaipadankan dengan langsir berwarna tanah, merah jambu lembut atau biru lembut juga. Hiasan pada dinding, warna dinding dan warna langsir mesti kelihatan kemas untuk menampakkan ruang rumah yang moden dan terkini.

    Ghazal
    Chroma / Collection
    Ghazal

    Logic / Collection

    Warna langsir dan aksesori rumah 

    Aksesori tambahan bagi hiasan dalaman rumah untuk menyempurnakan dekor rumah sudah semestinya seperti perabot sofa, hiasan pokok hidup, kusyen, meja kopi, rak kasut, rak televisyen dan kipas serta lampu hiasan juga mestilah dipadankan dengan warna langsir yang senada. Warna langsir dan aksesori hiasan dalaman rumah perlu digabungkan dengan teliti untuk nampak tersusun rapi dan indah di mata apabila tetamu dan ahli keluarga bertandang ke rumah pada hari-hari keramaian. Hiasan bertemakan alam semulajadi dengan pilihan warna seperti hijau, biru dan warna seakan-akan kayu menampakkan ruang rumah yang tenang. Tema moden dan terkini yang semakin popular dan menjadi pilihan adalah dekor rumah dengan tema scandinavian dengan pilihan warna nude. Pilihan warna langsir nude tidak kira fabrik langsir polos, bercorak atau bertekstur unik amat sesuai disesuaikan dengan sofa rekaan terkini dan meja kayu sebagai hiasan tambahan. Aksesori pada langsir juga memberi peranan dalam hiasan langsir dan kesesuaian warna hiasan langsir dan warna fabrik langsir itu sendiri. Hiasan langsir seperti tali untuk mengikat langsir supaya bukaan langsir pada bingkai tingkap dan pintu gelongsor kaca terletak dengan kemas perlu dipilih mengikut palet warna tema dekor. Tema dan warna boleh anda ketahui dari cadangan daripada pakar pereka hiasan rumah di Acacia Fabrics.

    Gabungan dua atau lebih warna pada langsir 

    Gabungan dua warna atau lebih dari itu perlu diambil kira juga. Jahitan boleh dibuat secara gabungan warna dilihat tegak dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan. Ada juga gabungan tiga warna di mana anda boleh reka langsir itu dengan ukuran yang spesifik. Jahitan tepi langsir atau border di tengah menggunakan dua atau tiga warna dan corak yang berbeza juga boleh difikirkan. Warna polos di satu bahagian manakala langsir bercorak dengan warna senada dengan warna polos dijahit di tengah sebagai border hiasan. Lipatan langsir akan kelihatan lebih eksklusif apabila dilihat dari jauh. Anda boleh reka untuk menggabungkan warna langsir hadapan atau warna langsir di belakang. Kontra warna yang cantik boleh disuaipadankan mengikut tema dekor rumah yang telah dipilih dengan nasihat pakar hiasan dalaman rumah yang anda pilih dan bincang bersama. Jenis fabrik langsir juga memainkan peranan penting dalam pilihan warna langsir. Setiap fabrik langsir yang dipilih dari pilihan sampel akan memberikan warna yang berlainan sedikit apabila langsir siap dijahit dan digantung. Anda perlu tahu cara guna kombinasi warna yang tepat. Tekstur pada fabrik langsir yang mempunyai dua atau tiga warna dalam setiap anyaman dan tenunan benang juga memberi kontra warna yang menarik.

    Ghazal

    Botaniucal Garden / Collection

    Ghazal

    Lombardia / Collection

    Reka bentuk langsir dan bingkai tingkap dan pintu kaca

    Hiasan dalam bilik tidak selalu ditukar untuk mengubah keadaan suasana di dalam bilik. Namun, mengganti langsir baharu menjadikan bilik kelihatan lain dan tidak jemu dipandang pada hari mendatang kelak sangat senang. Tempah saja langsir menggunakan khidmat pakar langsir di Acacia Fabrics dengan rekaan langsir terkini dan langsir moden padan dengan saiz dan bentuk rupa bingkai tingkap dan pintu kaca malah pintu gelongsor di rumah juga. Reka bentuk langsir yang baru dapat memberikan nafas segar kepada bingkai tingkap di dalam bilik seperti bilik utama dan bilik-bilik lain. Langsir yang ditukar gaya rekaan dan reka bentuknya juga dapat menaikkan seri tambahan pada pintu kaca di ruang tamu. Reka bentuk langsir terkini yang sering kali dibuat dengan gaya langsir terkini adalah langsir yang digantung dengan ketinggian yang lebih tinggi sedikit dari ketinggian bingkai tingkap dan pintu kaca itu. Ruang dinding dan bingkai tingkap serta pintu kaca tampak luas dan tinggi apabila langsir yang digantung lebih tinggi. Alunan langsir yang diikat dan dilepaskan untuk menutupi tingkap dan pintu juga memberi peranan tambahan. Terdapat pelbagai pilihan reka bentuk langsir seperti yang dibincangkan di perenggan di atas sebelum ini, yang boleh dipilih dan dicadangkan kepada pereka langsir anda supaya padan dengan impian dekor secara tepat.

     

    Reka bentuk langsir dan hiasan tambahan seperti pengikat langsir

    Hiasan tambahan pada langsir sebagai pengikat langsir digunakan dalam pelbagai jenis bahan dan bentuk sebagai penyeri dan membantu menyempurnakan gantungan langsir. Setiap jenis aksesori ikatan langsir yang dipilih memberi idea jenis personaliti pelimik rumah kediaman kepada pereka langsir untuk menyesuaikan keperibadian pemilik dan dekor rumah yang direka cipta untuk keselesaan penghuni kediaman. Ruang di dalam rumah seperti ruang tamu, bilik utama dan bilik lain serta dapur akan nampak lebih berseri dengan hiasan tambahan pada langsir. Langsir boleh diikat untuk mendapatkan cahaya matahari yang maksima untuk mendapatkan ruang yang kelihatan lapang dan cerah. Pilihan ikatan langsir yang boleh dipilih adalah seperti menggunakan butang untuk kepil fabrik langsir supaya alunan lipatan langsir dapat diikat dan digantung dengan kemas, cincin besi dengan saiz cukup untuk lipatan langsir dan riben kain yang digantung di pemegang logam yang boleh dipasang melekat terus di dinding. Ikatan langsir yang kemas dapat menjadikan langsir terletak elok pada besi penyangkut dan menghalang langsir itu dari gelebeh dan berkedut ke bawah meleret ke lantai dan kotor. Ikatan langsir dapat menyembunyikan cela pada fabrik langsir jika kesan cela itu sangat ketara. Namun, dengan pilihan fabrik langsir senang cuci dari Acacia Fabrics, langsir anda akan senang diurus dan senang dicuci hanya menggunakan air.

    Ghazal

    Night Sky / Collection

    Ghazal

    Buena Vista / Collection

    Reka bentuk langsir dan ketinggian dari lantai ke siling 

    Pasang langsir dengan ketinggian yang sempurna mengikut saiz lebar dan tinggi tingkap dan pintu kaca atau pintu gelongsor adalah satu benda keperluan yang paling penting sebelum memulakan proses menghias hiasan dalaman rumah. Letak rod besi untuk sangkut langsir lebih tinggi boleh menampakkan tingkap dan pintu itu tinggi yang seterusnya memberi ilusi ruang dalam rumah yang lebih tinggi dan luas terutamanya pada ruang rumah yang terhad seperti ruang tamu dan bilik di rumah jenis kondominium atau apartmen. Langsir yang digantung dari lantai sehingga ke siling memberi impak berganda dan langsir itu memberi visual volume yang menarik pada bingkai tingkap, pintu dan juga dinding tampak lebih lebar dan panjang. Kaki langsir boleh juga dilebihkan sedikit untuk memberi alunan yang menarik apabila diikat pada siang hari. Lipatan yang lebih tebal membuatkan reka bentuk langsir itu lebih memukau. Gantian reka bentuk langsir yang padan dan tepat dengan ketinggian dari lantai sehingga ke paras maksima siling adalah salah satu rekaan hiasan langsir rumah yang terkini dan moden. Langsir terkini dan moden dapat diserlahkan dengan gaya rekaan langsir tinggi dan lebar dari saiz sebenar bingkai tingkap dan pintu yang dibina. Tanya saja pada pakar langsir di Acacia Fabrics, mereka ada jawapan untuk semua jenis reka bentuk langsir yang tepat untuk dekor rumah kediaman idaman anda hari ini.

    Ghazal

    Sprint / Collection

    Ghazal

    Chroma / Collection

    Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di Acacia Langsir Terdekat