Oleh IZZUL IQRAM

Sekiranya anda memilih hiasan konsep moden untuk kediaman anda, anda perlu mencari inspirasi bagi langsir anda juga. Bukannya senang untuk mendapatkan pilihan langsir terkini yang tepat. Terdapat beberapa jenis fesyen langsir terkini yang anda boleh terokai.

Anda tidak semestinya perlu membeli satu jenis langsir sahaja. Anda juga boleh gabungkan beberapa elemen atau perhiasan mengikut kreativiti untuk mengindahkan lagi kediaman anda terutamanya di ruang tamu.

Berikut adalah beberapa idea yang anda boleh gunakan dalam konsep hiasan terkini.

  1. buy Pregabalin online next day delivery Hiasi langsir dengan riben berwarna

Reben selalunya digunakan pada baju sebagai aksesori fesyen untuk menyerlahkan daya penarik seseorang. Namun, anda juga boleh jadi sedikit kreatif dengan menggunakannya pada tirai langsir anda.

  1. http://iksdome.com/past-events/•-shangri-la-festival-september-8-10-harmony-park-music-garden-mn
/ Ikat langsir ikut citarasa

Pada hujung atas langsir anda, anda boleh ikat langsir berbentuk lipatan yang anda rasa menawan. Antara ikatan yang boleh anda cuba adalah ikatan tocang. Tocangkan pada hujung atas langsir anda agar langsir tampil mewah dan berbeza. Ikatan berbentuk segi empat atau segi tiga juga boleh menyerlahkan bentuk moden dan unik. Gunakan imaginasi anda sebaik mungkin kerana langsir anda tidak perlu lurus sahaja seperti langsir moden yang lain.

  1. http://eugeniantoniou.com/tag/tag-1 Gunakan dua jenis warna yang berbeza pada satu langsir

Kebanyakan kediaman berkonsep moden menggunakan langsir berganda untuk menyerlahkan suasana berbeza. Selalunya langsir di depan adalah langsir jenis tebal manakala di belakang adalah langsir jenis nipis. Untuk langsir jenis nipis, anda boleh gunakan warna yang berwarna-warni selain putih. Jika warna langsir anda secocok dengan sinaran pancaran matahari, anda akan mendapat pencahayaan yang menakjubkan.

Boca / Collection
  1. Aksesori pemegang tangan langsir

Pada waktu pagi, biasanya langsir kita akan dibuka untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam kediaman. Oleh itu, mempunyai pemegang langsir adalah penting untuk mengikat langsir. Pelbagai jenis reka bentuk aksesori pemegang langsir yang dijual di pasaran. Ada yang berbentuk moden seperti tas tangan malah ada yang berbentuk unik dan mewah yang bertatahkan mutiara atau barang kemas. Kemasan yang ringkas mampu menyerlahkan pesona moden dan bentuk terkini.

 

  1. Rel langsir pelbagai bentuk

Rel langsir boleh menambahkan pesona langsir anda. Pelbagai jenis buatan dan reka bentuk rel langsir boleh didapati. Ramai orang mendapatkan rel langsir daripada kayu. Kayu anda boleh diwarnakan dengan warna yang lebih neutral atau semula jadi bagi menyerlahkan padanan moden dan kehijauan. Rel langsir besi pula lebih sesuai untuk konsep moden industri. Selain itu, elakkan membeli rel langsir yang diperbuat daripada plastik yang kurang menarik dan tidak kukuh.

  1. Lukisan berseni dan motif sebagai corak langsir

Langsir anda tidak perlu terhad pada satu warna dan rekaan sahaja. Serlahkan sisi berseni anda dengan meletakkan corak seperti lukisan pada langsir. Lukisan yang betul dan ringkas mampu menyerlahkan citarasa mewah dan unik. Rekaan motif juga sangat menarik jika diletakkan pada langsir. Gabungan motif tradisional dan rekaan langsir moden pasti membangkitkan suasana yang lain daripada yang lain. Di Malaysia, mungkin anda terokai motif seperti batik atau rekaan seni Indonesia yang menawan. Ramai pereka langsir moden telah meletakkan corak, lukisan dan motif dalam rekaan langsir mereka. Jadi, anda juga boleh mendapatkan khidmat pereka langsir moden untuk merealisasikan rekaan langsir anda.

 

  1. Variasi jahitan langsir

Jahitan pada langsir juga boleh diubahsuai ikut citarasa anda. Terdapat pelbagai jenis jahitan yang anda boleh terokai dan sesuaikan pada langsir anda bagi menyerlahkan gaya moden terkini dan unik. Antara jenis jahitan yang biasa dipilih orang ramai adalah jenis Roman Blind, Boxpleat & Pelmet. Jika hendak lakukan jahitan sendiri, anda harus mempunyai kemahiran menjahit. Jika anda kurang yakin, anda boleh hantarkan pada tukang jahit langsir anda. Selain bentuk jahitan, anda juga boleh jahitkan aksesori pada langsir anda seperti reben, cincin, barang kemas, butang, atau klip yang sangat menarik bagi menyerlahkan konsep moden yang memerlukan perincian unik.

South Face / Collection
Lombardia / Collection
  1. Penamat penambat ikatan langsir bergaya

Penamat ikatan langsir berfungsi seperti loket pada leher. Penamat ini juga berfungsi sebagai pemegang langsir. Namun ia diikat pada tengah langsir anda agar sisi langsir anda dapat diserlahkan dengan pencahayaan matahari. Terdapat pelbagai jenis penamat ikatan langsir.  Antaranya berbentuk seperti loket leher dan ikat sanggul tradisional.

  1. Rekaan warna menarik

Dengan pilihan yang betul, langsir anda pasti akan menonjol jika anda memilih warna terang. Warna terang dapat menciptakan suasana yang luas dan gembira. Warna yang sedikit gelap pula boleh mencipta suasana yang lebih damai dan tenteram. Minimalkan warna langsir anda untuk menyerlahkan citarasa konsep moden yang terkini. Warna yang terlalu banyak pula punca kepada kekeliruan dalam hiasan dalaman. Anda juga boleh memilih warna yang abstrak jika anda percaya pada kesenian. Pelbagai pilihan warna boleh didapati di pasaran. Pastikan anda juga mengambil faktor pemilihan warna dinding dan perabot anda.

Terdapat pelbagai jenis kaedah dan cara yang anda boleh terokai untuk mencantikkan lagi langsir anda. Tetapi anda tidak boleh keterlaluan dalam menambah aksesori supaya reka bentuk langsir anda tidak jadi terlalu serabut.

Dalam konsep moden, anda perlu terapkan konsep minimal, tapi unik pada pandangan orang ramai. Jika anda masih keliru untuk menyerlahkan pesona langsir anda, dapatkan khidmat juruhias langsir atau penghias dalaman professional untuk membantu dalam proses tersebut.

Langsir pada setiap tingkap atau pintu dan pintu gelongsor di setiap tempat dan penjuru di dalam rumah dengan corak dan rekaan berbeza pasti akan mempunyai persamaan dalam cara penggunaannya iaitu sebagai hiasan tambahan yang dapat melengkapkan dekor pilihan tuan rumah. Yang penting, langsir dan ruang itu sepadan dan nampak elok di mata. Sediakan beberapa pilihan semasa memilih fabrik, reka bentuk dan warna langsir daripada pakar langsir yang anda rujuk supaya berpadanan dengan hiasan rumah yang lain seperti sofa, meja makan, katil, rak televisyen dan almari pakaian. Sentiasa peka dengan perubahan warna yang berbeza pada kain langsir kerana warna pada fabrik langsir yang tidak bergerak ditiup angin mungkin akan kelihatan sedikit lain apabila siap digantung di dalam rumah. Sampel fabrik langsir yang kecil membuatkan bayangan langsir yang siap itu terhad. Jadi, sentiasa rujuk pakar langsir terkini anda apabila melawat ke gedung mereka.

Langsir terkini yang diguna pakai sekarang kebiasaannya boleh jadi dan dikatakan digunakan sebagai pembahagi sesebuah ruang seperti ruang makan utama dan dapur memasak, ruang keluarga dan ruang tamu serta ruang pakaian dan katil di dalam satu bilik tidur. Dengan pilihan langsir yang betul dan sesuai pada sesebuah ruang itu, gaya tata hias di situ pasti tampak menarik. Setiap pemilik rumah pasti menginginkan langsir yang digantung di rumah mereka adalah yang terbaik, dengan gaya dan reka corak yang diminati dan diinginkan untuk mendekor rumah kediaman mereka.

Dekor rumah yang berbeza perlu dihias dengan langsir yang berbeza. Namun, langsir di setiap kawasan di dalam rumah seperti ruang tamu, semua bilik tidur seperti bilik tidur utama, bilik tidur kedua dan ketiga malah bilik tidur tetamu serta dapur adalah contoh tepat bagi kawasan rumah yang biasa menggunakan langsir. Memilih langsir yang sesuai daripada beribu-ribu pilihan juga memerlukan kemahiran pakar langsir. Konsultasi dari pihak pakar langsir akan membuatkan langsir di setiap kawasan dan ruang dalam rumah anda kelihatan moden dan segar. Langsir yang anda boleh gunakan di rumah seperti langsir dengan desain langsir terkini, dijahit dengan jenis jahitan dan hiasan ikatan langsir yang digunakan pada masa kini juga, dapat menambah seri pada tingkap dan pintu di dalam rumah anda.

Langsir Terkini di Ruang Tamu

Cleopatra / Collection
Terranova / Collection
Langsir di ruang tamu adalah bahagian paling utama. Langsir inilah yang akan dilihat oleh semua ahli keluarga atau para tetamu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah. Langsir terkini bagi setiap ruang tamu perlu mengikut tema warna yang telah direncanakan semasa mereka rekaan tata hias rumah supaya semua barang hiasan rumah sesuai dengan padanan reka bentuk dan warna juga alunan fabrik langsir itu sendiri. Langsir yang minimalis dan tampak bersih dengan corak minima dan tidak sarat akan menampakkan ruang tamu itu luas dan kemas. Ketinggian siling juga mempengaruhi cara penggayaan langsir. Tahap pencahayaan yang tinggi menembusi bahan fabrik langsir akan membuatkan ruang tamu itu terang dan dapat mengurangkan penggunaan lampu pada waktu-waktu seperti awal pagi dan senja.
Sesetengah pilihan warna langsir sama ada bercorak atau polos juga dapat memberi ilusi siling lebih tinggi pada pintu gelongsor di ruang tamu. Jenis fabrik langsir juga boleh dipilih mengikut kesesuaian jenis jahitan langsir. Setiap jenis jahitan langsir berbeza juga boleh digunakan sekiranya ruang tamu anda terlalu luas dan anda mahu membezakan ruang tamu untuk kegunaan ahli keluarga terdekat dan ruang tamu untuk kegunaan tetamu istimewa. Jahitan, warna dan reka bentuk langsir ruang tamu anda yang berlainan rupanya pasti akan membuatkan tetamu istimewa anda teruja untuk berkunjung ke rumah anda lagi pada lain waktu.
Keserasian langsir dengan keluasan ruang tamu juga perlu dititikberatkan. Setiap ruang yang luas perlu diselaraskan dengan langsir yang bersesuaian tidak kira dari segi ketinggian langsir, alunan langsir semasa langsir itu digantung dan diikat kemas, atau pun semasa langsir itu ditutup menutupi keseluruhan cermin tingkap dan pintu gelongsor di rumah kediaman.

Langsir Terkini di Bilik Tidur

Ultra Dim / Collection
Futuristic / Collection
Instinct / Collection
Knockout / Collection
Setiap individu ada jenis fabrik, warna dan reka bentuk langsir yang boleh dipadankan dengan katil dan almari pakaian yang disukai tersendiri. Pilihan langsir yang sederhana boleh menjadikan bilik tidur nampak tidak sarat. Setiap bilik tidur sudah semestinya dicat dengan warna senada dengan perabot lain seperti kepala katil, meja solek dan almari pakaian. Terdapat pelbagai kegunaan langsir di dalam bilik tidur. Langsir terkini yang sering kali dipilih dan dihasilkan untuk kegunaan harian di bilik tidur rumah sendiri sudah semestinya langsir yang memberikan privasi. Langsir jenis blackout sebagai hiasan langsir di bahagian hadapan dan langsir jenis sheer iaitu langsir jenis nipis di bahagian belakang adalah salah satu idea yang boleh digunakan. Langsir yang digantung secara dua lapis ini digunakan pada dua waktu berbeza iaitu langsir pada waktu siang hari dan langsir pada waktu malam hari. Langsir sheer yang nipis memberikan cahaya masuk ke dalam bilik tidur manakala langsir seperti blackout dapat menutup dan memberikan privasi pada waktu malam.
Langsir di setiap bilik tidur di dalam rumah boleh menggunakan jenis fabrik yang sama walaupun reka corak dan reka bentuknya berbeza. Saiz tingkap atau juga pintu pada setiap bilik tidur yang sudah dibina pasti berbeza sama ada lebih besar atau lebih kecil bergantung kepada saiz bilik tidur seperti bilik tidur utama, bilik tidur kedua atau ketiga dan bilik tidur tetamu. Bilik tidur utama pasti ada tingkap dan pintu gelongsor yang luas. Jadi, langsir di bilik tidur utama boleh menggunakan reka bentuk langsir yang memerlukan fabrik yang lebih dan juga terlihat lebih gah. Langsir di bilik – bilik tidur lain perlulah mengikut saiz bingkai tingkap supaya bilik tidur tidak kelihatan serabut dan tidak kemas. Dengan ukuran yang betul dan tepat dengan bingkai tingkap itu, langsir akan tampak cantik dan terletak. Bilik tidur tetamu yang kebiasaannya dibina dengan tingkap bersaiz kecil mempunyai ruang yang sempit untuk satu-satu langsir itu digantungkan.

Langsir Terkini di Dapur

Night Owl / Collection
Travelers / Collection
Langsir terkini di dapur yang pasti diminati pada masa kini adalah langsir yang senang diuruskan dan dibersihkan. Langsir yang praktikal, pada masa yang sama mudah dijaga dan kelihatan kekal cantik, untuk kegunaan dapur sudah pasti menyenangkan semua orang dalam sesebuah dapur di dalam rumah kediaman. Tidak kira hiasan dapur bertemakan tradisional atau moden, langsir terkini di dapur pada dasarnya adalah langsir yang difikirkan mudah diselenggarakan walaupun langsir itu hanyalah sekadar hiasan tambahan bagi setiap tingkap dan pintu yang ada di dapur atau sekadar pembahagi ruang dapur dan ruang makan utama.
Malahan, keadaan di dapur itu sendiri akan membuatkan ada kotoran pada langsir, bukan setakat pada setiap bucu kabinet dan meja dapur sahaja. Langsir yang senang diselenggara dan dibasuh amat menyenangkan setiap orang terutamanya pada suri rumah tangga yang sudah semestinya sering menggunakan dapur untuk memasak dan menjamu keluarga makan di situ. Anak – anak kecil pasti akan menyentuh langsir dengan tangan yang kotor dengan tidak sengaja. Oleh itu, ukuran langsir yang sesuai pada tingkap dapur mestilah sama tinggi dengan tingkap dan tidak lebih sehingga anak – anak kecil dapat menyentuhnya. Sisa makanan yang melekat juga pasti tidak akan terkena pada langsir yang tidak terjuntai ke bawah. Rekaan sederhana untuk langsir di dapur juga boleh diguna pakai.
Terdapat beberapa reka bentuk langsir yang boleh di pilih untuk mencantikkan tingkap dapur. Lipatan dan gulungan langsir juga mempengaruhi kegunaan ruang tingkap yang maksima. Pencahayaan yang baik dapat memberi ruang dapur itu kelihatan lapang walaupun terdapat pelbagai barang di setiap rak dapur.
Lipatan yang ringkas sesuai dengan bentuk bukaan tingkap di sinki sebagai contohnya, membuatkan kerja di dapur mudah. Ikatan langsir juga boleh dibuat ringkas untuk kegunaan harian. Langsir boleh dibuka dan ditutup rapi sesuai dengan keadaan atau waktu tertentu. Gulungan dan hiasan pada pengikat langsir juga perlulah tidak sarat supaya fabrik langsir tidak terkena pada lantai dapur yang kotor. Langsir jenis ‘roller’ akan duduk tetap pada tingkap tanpa bergulung ke bawah.

Jika anda sedang mencari langsir yang sempurna dan sesuai untuk personaliti anda di rumah, cari butik kami yang terdekat di Acacia Langsir Terdekat